:: Pabila kenyataan sudah di depan mata ::

Alhamdulillah... kebenaran telah diketahui. Setelah dua tiga hari asek berkepit ngan phone, akhirnya apa yang aku cari dah ditemui. SELANGOR! Ini tempat aku bakal curahkan bakti. Ahaks!

Memulakan tugas pertama di Selangor...langsung tak penah terlintas kat kepala otak aku. But, inilah hakikat yang perlu diterima. Dan aku pasti, setiap perkara selalunya ada hikmah tersendiri. Hurmmm... bila perancangan asal terpaksa ditukar, banyak perkara-perkara penting perlu difikirkan semula. Ahaks!

And one more thing, di sebalik setiap kegembiraan pasti terselit juga sedikit kekecewaan. What goes around comes around! Kalau ikutkan hati, aku nak je tepuk tangan kuat-kuat dan gelakkan sepenuh hati. Nak jugak cakap, padan muka ko. skang amik balik apa yang ko da buat kat aku dulu. Hahaha. Tapi aku tak dela kejam sangat cam devil tue. Hikhikhik.. tak perlu rasanya dijelaskan di sini apa yang dah terjadi. :)

Malam ni tak banyak sangat benda-benda yang nak dikongsi. Aku buntu! Otak jammed, memikirkan banyak perkara yang terpaksa dibuat perancangan semula.

Akhir kalam, wait for my next entry. Bila tu? I'm not so sure.. maybe bila semua benda-benda tergendala is in control, then i`ll continue my writting. So guys, thanks a lot bagi yang selalu reads my entry. Thanks a lot, frens! :)

Maaf? Boleh. Lupakan? Mustahil!!



“Kau ingat senang-senang aku lupa apa yang dia dah buat kat aku dulu? Kau cakap senang, sebab kau tak rasa. Aku yang tanggung semua.aku dah lama maafkan dia. Tapi nak lupakan, sorry! Parut tu masih ada dan akan tetap kekal sampai bila-bila!”

Kata-kata macam ni selalu sangat aku dengar dari mulut seorang teman. Memaafkan boleh, tapi nak melupakan, sesuatu yang mustahil. Pernah jugak terdetik kat hati ni, dah hilang akal ke apa minah ni, apa yang dia fikir sampai boleh keluarkan kata-kata macam tu? Biar betul…

Yup! Betul la tu. Sebabnya, penerimaan setiap orang berbeza, dan tak mustahil pandangan aku jugak sama kiranya aku ada kat tempat dia. Sangat sukarkah nak lupakan sesuatu perkara?

Cuba lihat beberapa situasi ni: bila ada orang ketawakan kita, marah tak tentu pasal, dah tu siap peril-perli lagi, tambah sket pulak dengan renah-rendahkan kebolehan kita, pastu siap boleh pandang sebelah mata lak pada kata-kata kita, konon-konon malas nak amik port sebab kita tak penting pun kat dia. “Aiseyman! What the hell….?? Apsal mamat sekor ni nampak kecik je ek kat depan mata ni? Silap-silap ada yang dapat penumbuk sulung jap lagi!” confirm! Siap boleh bag cop sirim sekali. Sah, dalam kepala otak tu mesti ada jugak terlintas benda-benda camni kan.

Bengang, sakit hati, geram, marah, rasa terpukul…. Memang diakui, bukan senang bagi kita nak lupakan semua tu. Senang cakap, mustahil! Tapi pernah tak kita terfikir, sebenarnya boleh je lupakan benda-benda kat atas ni sekiranya kita sanggup buat dua langkah seperti yang dicadangkan kat bawah ni. Jom kita tengok apa dua langkah yang aku sebutkan tu.

Maafkan je
Semudah ni nak mintak aku maafkan dia? No way bro!
Alahai makcik, tak mintak banyak pun. Maafkan jela eh. Biasakan diri jadi seorang pemaaf, cepat memaafkan, senang bagi kemaafan and senang terima maaf dari orang lain. Maafkan je orang yang sakitkan hati kita tu, tak kira la bila-bila masa pun. Kalo buat camtu, nescaya tidur malam kita takkan diganggu dengan mimpi ngeri yang ada watak dia. Kita mesti taknak dia muncul dalam mimpi kita kan. Kang tiba-tiba mucul, spoil je mimpi-mimpi terindah malam tu.Hehehe.. so, cara terbaik, maafkan jela mamat tu eh.

Bila kita maafkan orang, bukan setakat dapat mimpi indah je. Aku penah terbaca, sikap memaafkan ni salah satu ciri-ciri orang cemerlang tau. Sikap memendam pulak jadikan kita manusia yang takkan penah terlepas dari masalah, nak-nak lagi masalah berkaitan fulus! So, cara terbaik ialah, berubah dan binalah peribadi baru.

Lupakan!
Tidak sama sekali! Aku dah maafkan dia dah la!
Yup! Ni terapi terbaik. Aku antara manusia yang selalu “gagal” bila nak laksanakan langkah kedua ni. Huhuhu… sokmo sangkut! Someone told me, PAST IS PAST. Just let it go. Itu yang terbaik. Betul. Sangat setuju tu. Jangan ada tapi-tapi lagi. Biar je benda/ perkara tu berlalu pergi. Jangat ingat walaupun sekali. Jangan fikir, jangan ingat, jangan cakap langsung! Never ever try to touch that thing again. Boleh kan?

Never look back! Let the gone be by gone. Itu yang terbaik buat kita. Bina hidup baru dan berubahlah. Cari peluang baru sebab orang cemerlang sentiasa cari peluang-peluang baru. And also, kena selalu train diri memaafkan orang lain dan melupakan setiap masa selagi kita diberi peluang bernafas di bumi Allah Taala ni. Jangan lupa praktik dua langkah mudah ni. If dibuat berterusan, Insyaallah. Kesannya sangat memberangsangkan, jiwa bakal sentiasa tenang, hati jugak selalu riang and bebas dari tekanan.

Amacam… berani tak nak cuba? Aku cabar korang semua! Let`s try it! :)

::MySangKora::
Teori buatan sendiri ni tak semestinya betul. Sekadar berkongsi tips berdasarkan pengalaman yang telah diri ini tempuhi. Sangat perit pada awalnya, tetapi beroleh kebahagiaan pada akhirnya. Ya, ini yang terbaik bagi diri ini.

Seorang teman telah berikan tips untuk melupakan seseorang yang pernah buat kita bahagia, and for me, it’s really helpful. Maybe u also can try this: Doakan dirinya selalu setiap kali kita teringat or selepas solat. Mohon hati kita terus disinari nur kasih-Nya, ditetapkan pada pilihan atau jalan yang kita pilih kini. Moga dia beroleh bahagia dan hati kita pula redha walau tak bersama dia..kerana setiap kejadian, pasti ada hikmah-Nya, Insyallah.

Mr Id: Ketahuilah teman, diri ini sentiasa bahagia apabila melihat kamu bahagia.

:: Trip Terakhir Penuh Cabaran dan Dugaan ::


Alhamdulillah, akhirnya slamat sampai ke daerah yang disayangi ni. Mana lagi kalau bukan Sungai Petani..hihihi. Selepas perjalanan yang agak memenatkan (biasa la, terpaksa transit kat KL then tukar bus ke Sg Petani after dat) and memakan masa lebih separuh hari. Macam2 perkara yang aku lalui semalam. Mana taknya, esok nak raya, arini baru nak lik kampung. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lipis-Kuala Lumpur (aku kira ni trip terakhir aku..pasni ntah bila lagi nak jejak kaki ke sana) sepanjang jalan yang menghala Lipis jam teruk. Rakyat Kelantan berpusu-pusu balik ke kampung halaman masing-masing.

Cerita pertama, pertama kali sepanjang lima taun setengah aku jadi pelanggan tegar bus Transnasional, seat aku bertindan ngan orang lain. Hohoho..slumber badak je aku mintak mamat tu tukar tempat. Dia pun ngan muka blur bangun pi duduk kat belakang. Tiba-tiba pakcik tu datang mintak tiket aku, kecuakan mula terasa. Then baru aku tau seat tu bertindan. Oh man! Malunya aku..halau mamat tu, padahal memang seat dia pun! Aisey..

Cerita kedua, setibanya di KL. Aku and seorang sahabat, barang kiri kanan penuh tangan. Nak ke Puduraya ngan LRT, cam mustahil je. Takut kang ade yang jadi magsa "cepitan" pintu LRT tu pulak. So kitorang pun amik keputusan ke sana ngan teksi. tiba kat tempat teksi tu, ada sorg pakcik panggil kitorang. Dengan lagak machonye, aku pun menghala ke arah teksi tu. Aiseyman! Rupa2nya bukan.. pakcik ni bawak kete sapu rupanya. Nak tak nak, naik la jugak. Sampai kat Puduraya, pakcik tu turunkan kitorang. RM20 bai! Fuh..ketar gak tangan nak hulur. Nak tak nak, terpaksa la hulur jygak. Dalam hati aku dah menyumpah2, apsal la tadi tak maik LRT je. Baru RM1.20..huhuhu. Terima kasih pakcik sebab kenakan saya and sahabat semalam. Sumpah pasni kitorang takkan terima pelawaan pakcik lagi!

Cerita ketiga, tiba di Puduraya. ni satu lagi kes yang memang betul-betul wat aku hangin. Topup kat Pudu sepatutnya RM10 jadi RM10.50! Ai makcik, ini sudah lebih nampak. Aku survey kat sume tempat kat situ, sume harga sama. Pandai amik kesempatan time orang tengah ramai-ramai kat sana ye. Huh! Nak tak nak, terpaksa jugak beli sebab kredit memang betul-betul kong. Fuh! nasib baik boleh mampu bersabar. Tu baru perihal kad prabayar, belom lagi modal air. sahabat aku beli milo kotak kecik tu ngan harga RM2 sekotak. Fuh! mahal la tu beb! Harga biasa Rm1.50 je..

Cerita keempat, waiting for the bus. Bila dah ramai-ramai camtu, macam-macam gelagat orang aku sempat tengok. Seat memang takde kosong, nasib baik luggage aku ni ade ha. Boleh jugak jadikan tempat duduk. Lama temenung sesorang (sahabat gue dah naik bus dulu) bila dah "parking" kat tempat tak sepatutnya, orang lalu lalang kat situ jalan dah tak pandang kiri kanan dah. Kaki ni dah brape kali kene lenyek dek luggage orang. Adus! Nasib badan kan.. Ha, hampir juga kena tinggal ngan bus. Aku orang terakhir yang lojing barang, pastu bas trus gerak. Nasib baik sempat. Betul la kata orang, bus Transnasional ni pantang lewat seminit, asek nak tinggalkan penumpang jerk!

Cerita keempat, ni pengalaman paling best. Sebabnya, fisrt time tiba kat kampung malam raya. Ahahaha..syahdu je rasa! Sempat juga merasai kesesakan lalu lintas kat sepanjang highway Jalan Duta sampai ke susur keluar Sungai Petani Selatan. Pergh! Memang dasat.. kesesakan lalulintas sepanjang jalan. First time rasa cam sopan je pakcik ni bawak bus. Mungkin hanya 80-90 km/j je kot. Bukan senang nak tengok pemandu-pemandu bus bawak bus sopan camni kan. Kete-kete gerak slow je. Cam dalam tv tu. Memang betol-betol terasa cam nak balik raya! Ahaks!

So, ni jela pengalaman aku nak balik bercuti kali ni. And maybe, ni kali terakhir aku menjadi pengunjung Hentian Puduraya. Pasni kalo singgah pun, mungkin tak sekerap lima tahun setengah ni. Cerita aku ni, molek la kiranya korang jadikan pengajaran. P

1. Seblom naik bus baik korang cek tiket ngan kaunter dulu. Walaupun kebarangkalian benda tu nak terjadi sangat tipis,tapi xpela. Tak salah kan.
2. Jangan mudah sangat percaya kat orang. Nak-nak lagi manusia di kota metropolitan cam Kuala Lumpur tu. Jangan pulak member korang budak KL, korang x caye kat dia. Bukan tu maksud aku. Kitorang jadi mangsa pakcik tu mungkin sebab masing-masing muka naif sgt kot. Ngeee~
3. Kalo dah tau nak lik kampung, jangan abeskan kredit ke benda-benda lain ok. Ahahaha.. reserve sket untuk kol abah yang nak amik kita kat stesen nnti :P
4. Ni takde ape yang nak dijadikan moral cerita. Kalo nak rasa pengalaman the real anak perantau, ikut la jejak langkahku itu. Pulang ke kampung halaman pada malam raya! hihihi..

Tu je nak cerita kali ni.. sesungguhnya, Kuala Lumpur memberikan 1001 pengalaman dan kisah suka duka kat aku. Orait bebeh, tunggu cerita seterusnya..jeng3! ::Sayonara Afzan::




:: Eh betul ke? ::


"Ya Allah!
Lamanya!
Biar betul ni?
I can't believe this?
hampir dua bulan, aku tak salah tangok ke?"
sambil genyeh-genyeh mata, aku tengok kalender tu sekali lagi.

Eh, memang betul la.
Tak salah lagi. Memang betul pun. Dah dua bulan lebih.
Patutla hati ni terusik sangat.
Dalam hati ada rindu.
Rindu yang makin dipendam, makin terasa sakitnya.

bermonolog lagi:
Perlu ke aku ngaku?
Eh, segan la.. malu beb!
Apa kes segan-segan lak ni?
Yela-yela, aku cakap la..
Ya, aku rindu kamu! Sungguh!


:MySangKora:
Rindunya kat mak ayah kat kampung.
Sangat lama x ketemu sama mereka!!
Kat si kecik pun rindu jugak. Acik rindu Aqilah la!!

Pictures from:
Flickr.com

:: Teruja ::

Semenanjung, Sabah or Sarawak? Mana satu tempat aku bakal berkhidmat?

Ape lagi yang ditunggu minggu ni..Cerita kedai kopi paling panas, sudah semestinya cerita posting. Fuh! Panas punggung. Masing-masing tak senang duduk. Setiap hari tercongok depan PC, nak tengok list untuk posting Disember 2009 dah keluar belum. Bila aku letak status ym yang berbunyi "Sabah! Tunggu Kedatangan aku!" Ramai yang buzz and tanya pasal status tu. Kwang3..jangan tertipu wahai manusia. Itu hanya kata-kata yang lahir dari hati aku. Kata-kata kudus yang lahir dari hati seorang insan kerdil yang mempunyai misi besar (pehal poyo semacam ayat ni??)

Sabah, Sarawak or Semenanjung? Tiga tempat ni yang jadi persoalan sampai skang. Aku tetap setia menunggu jawapan tu. Kat mana tempat pertama aku bakal berkhidmat? Cane pentadbiran sekolah aku nanti? Apa tugas yang bakal aku dapat: S/U Sukan, Guru Data, S/U peperiksaan or lain-lain jawatan? Cane pulak ngan rakan-rakan sejawat nanti? Tak dapat aku bayangkan semua ni.. selama ni kawan-kawan aku sebaya je. Pasni rakan-rakan sejawat dah semestinya usia lebih dari aku. Walaupun dah ada tiga kali pengalaman latihan ngaja, ketakutan tu tetap masih ada..huhuhu.

Walau apa pun, aku pasrah je. Tawakal. Doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan rakan-rakan. Mana-mana tempat pun sama je sebenarnya, semuanya terpulang pada kita. Cabaran yang digalas harus dijalankan dengan baik. Kementerian dah lima tahun setengah 'besarkan' aku. Sekarang, masa untuk membalas segala 'jasa dan budi' yang telah diberikan. Anak sulung ni dah bersedia untuk berkhidmat. Harapnya semangat aku yang tengah berkobar-kobar ni akan terus menyala sampai bila-bila. Chewah!


:: MySangKora::
Serius! Sangat teruja nak tau mana tempat bakal ditempatkan. Hati ni dah tak mampu tunggu lagi :|




:: Penyokong Wira Merah Ganas?::


IMBAS KEMBALI... Sebahagian penyokong Kelantan yang menyaksikan final Piala Malaysia menentang egeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lepas.


Barangkali jika ada anugerah persatuan paling popular dan kontroversi tahun ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) adalah calon yang paling layak untuk menerimanya.

Apa tidaknya, KAFA tidak pernah sunyi daripada menjadi perhatian umum bukan sahaja kerana peningkatan mendadak pemain Kelantan tetapi angkara peminat fanatik yang tidak kena cara.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pernah memberitahu, KAFA antara persatuan bola sepak yang paling banyak membayar denda sehingga melebihi modal yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini jelas kerana FAM hanya memperuntukkan RM300,000 kepada setiap pasukan bertanding tetapi sehingga kini, denda yang dibayar KAFA kepada FAM sudah melebihi modal yang diberikan. Terbaru, KAFA didenda RM50,000 angkara keganasan yang dicetuskan penyokong Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas.

Penjelasan itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa cabaran menguruskan KAFA bukan semudah yang disangka walaupun ada pihak menganggap KAFA adalah persatuan bola sepak paling mewah hasil penjualan tiket kerana kehadiran penonton yang begitu ramai pada setiap perlawanan. Dua musim diterajui Annuar, kantung KAFA sudah mula terisi.

Setiap perlawanan melibatkan pasukan Kelantan hampir 20,000 hingga 25,000 penyokong akan membanjiri stadium keramat mereka Stadium Sultan Muhammed IV itu, sekali gus menjadikan KAFA sedikit lega untuk menampung keperluan kewangan.

Bagaimanapun, hasil yang masuk ke akaun KAFA tidak mampu untuk bertahan lama dan jumlah kutipan tiket yang diperoleh masih belum mampu untuk ‘menyenangkan’ pihak persatuan gara-gara sikap penonton skuad Wira Merah yang ‘aneh dan pelik’.

Sikap fanatik tidak kena cara dan kurang bijak dengan membaling mercun dan bunga api serta objek lain seperti botol dan bekas air menyebabkan mereka sudah di cop sebagai antara penyokong paling bermasalah di Malaysia.

Namun, seperti tidak adil kepada penyokong Kelantan apabila setiap kali insiden keganasan, seluruh mata terus tertumpu ke arah mereka.Secara jelasnya, insiden 7 April lalu ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Kota Bharu benar-benar memberi kesan terhadap maruah penyokong Kelantan.Mereka secara terus-terusan dituduh sebagai penyokong bermasalah dan sering mencetuskan keadaan yang tidak sihat.

Masalah kelakuan penyokong tidak beradab bukanlah masalah Kelantan sahaja.

Menyorot kembali permasalahan yang dicetus oleh penyokong, musim ini bukan sahaja penyokong Kelantan malah penyokong Perlis dan Terengganu juga adalah antara watak yang turut mencetuskan kontroversi.

Namun, double standard yang wujud cukup mengguriskan hati puluhan ribu penyokong dan peminat Kelantan apabila tindakan yang diambil oleh FAM kepada penyokong selain daripada penyokong Kelantan hanya sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’.

Keganasan penyokong yang timbul di luar Stadium Utama, Kangar pada 31 Oktober lalu menyaksikan penyokong Kelantan ‘dibantai’ teruk di laman lawan.


ANNUAR


Lebih 20 buah kenderaan dirosakkan termasuk bas yang membawa pemain-pemain Kelantan.Letupan mercun dan balingan objek juga cukup meriah di sana sehinggakan salah satu mercun yang dibaling hampir mengenai salah seorang pemain Kelantan yang terbaring kerana mengalami kecederaan ketika itu.Namun, FAM sepeti ‘membutakan’ mata dan ‘memekakkan’ telinga kerana tiada tindakan diambil terhadap Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).Apa yang menghairankan, kejadian tersebut bukan sahaja disaksikan oleh penyokong Kelantan yang hadir di stadium, malah jutaan yang lain kerana perlawanan tersebut disiarkan secara langsung oleh RTM.

Barangkali perlawanan yang berlangsung pada malam tersebut tidak disaksikan oleh seorang pun mereka yang berada di dalam jawatankuasa disiplin atau jawatankuasa pertandingan atau apa-apa jawatankuasa lagi yang ada di Wisma FAM, Kelana Jaya menyebabkan badan induk bola sepak negara itu tidak mempunyai bukti untuk menghukum PFA.

Aneh tetapi itulah realiti yang dihadapi oleh KAFA dan penyokong Kelantan apabila mereka seperti dianaktirikan dan seolah-olah Kelantan ini adalah pasukan bola sepak dari negara jiran yang tumpang bertanding dalam Liga Malaysia.

Di Kuala Terengganu tempoh hari, kekalutan melibatkan penyokong turut berlaku. Perlawanan peringkat kumpulan antara Negeri Sembilan dan Terengganu turut dicemari dengan insiden balingan mercun.

Lebih teruk daripada itu, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin yang sememangnya tidak begitu sempurna menyebabkan ada penonton yang masuk ke padang dan cuba menyerang pengadil dan pegawai pertandingan selain pemain pasukan pelawat.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya didenda RM16,000 kerana tiga kesalahan iaitu membaling botol terhadap pegawai perlawanan (RM5,000), penyokong meluru masuk ke padang (RM5,000) dan cuba memukul pengadil (RM6,000).

Dendanya murah dan mungkin ia adalah kesalahan pertama penyokong Terengganu atau sebaliknya.Hanya FAM yang mengetahui segala yang tersirat itu. Bagi penyokong Kelantan, ini adalah masa untuk mereka berubah dan turut sama merasai tanggungjawab yang dipikul oleh KAFA. Mereka mungkin lebih dihormati sekiranya memiliki pasukan yang hebat dan dalam masa yang sama, mereka memberi sokongan dengan cara yang lebih profesional.

:: Tolong Aku! ::


Tak de apa sangat pun, just nak kongsi lagu yang selalu jadi halwa telinga satu ketika dulu. Masa tu memang sangat-sangat down. Otak jam sampai x boleh nak pk positif langsung. Lagu ni pulak masa tu memang terbaik! sebabnya, aku tangkap leleh sampai ada satu ketika teresak-esak menangis sebab mengenangkan lirik lagu ni. Betul-betul hilang kawalan diri. Hahaha.. tapi masa tu je la. Skang tak lagi. Jom try ushar lirik ni :)


Tolong Aku by Hujan

Tolong aku Sahabatku
Dengarkan jerit hatiku
Tentang dia
Tentang dia
Masih selalu tentang dia

Ajak aku bersamamu
Ke mana pun yang engkau mahu
Tenangkan aku
Tenangkan aku
Sabar mentenangkan aku

Dia pernah membuatku merasa sempurna
Hingga aku pun menjanjikan selamanya
Namun ternyata mimpi yang dia punya
Berbeda (2x)
Aku takkan bisa
Hidup tanpa dia
Dia yang membuat
Aku bahagia
Tolong daku untuk
Melupakan dia
Sungguh hanya itu
Yang aku pinta

Dia pernah membuatku merasa sempurna
Hingga aku pun menjanjikan selamanya
Namun ternyata mimpi yang dia punya
Berbeda (2x)
Aku takkan bisa
Hidup tanpa dia
Dia yang membuat
Aku bahagia
Tolong daku untuk
Melupakan dia
Sungguh hanya itu
Yang aku pinta

Ajak aku bersamamu...

::MySangKora::

Siyes, klaka gila time ni... air mata xde nilai langsung masa tu. Hanya kerana seorang anak cucu adam! Hihihi..
tapi xpe, pengalaman kan. Like i told before, terbaik!~ Ahaha..

:: Bila Ada Yang Terguris Dan Mengguris::


Kita hanyalah manusia biasa. Aku, kamu dan juga mereka. Masing-masing punya cerita berbeza. Aku dengan caraku, kamu juga begitu. Haluan kita juga berbeza. Tapi jangan dilupa, setiap dari kita berkongsi rasa yang sama. Terguris dan mengguris!


Siapa yang mengguris? Dan siapa pula yang terguris? Kita tidak punya jawapan. Mengapa? Di manakah janji-janji kita dulu, pahit getir perjuangan ditanggung bersama? Ya, dengan pantas hati kecilku berkata itu hanya kata-kata manis penyedap rasa! Kita semua berpura-pura! Apabila ungkapan kata melampaui akal fikiran, nah..ini akibatnya! Sedarkah aku, kamu dan mereka??


Letih...penat...lelah. Cukup sampai di sini saja. Letih melayan kerenah manusia yang tidak tahu menghargai dan mengenang budi. Penat dengan suasana dan keadaan sekeliling. Lelah dengan segala janji yang dimungkiri. Cukup setakat ini!


Aku, kamu dan mereka. Sedarlah... Kita tidak punya masa yang panjang. Hidup umpama putaran roda, tak selamanya kita akan berada di atas. Satu masa nanti tidak mustahil kita akan jatuh ke bawah. Usah mendabik dada dengan apa yang dimiliki... kerana ianya tidak kekal melainkan Allah SWT...


:: Cerita dari Tanah Tinggi ::


Pics kat bawah ni sudah cukup untuk ceritakan segala-galanya. Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam setengah (Kuala Lipis-Betau-Cameron highlands)..journey kali ni memang sangat umphh! Hahaha..tak dapat digambarkan melalui kata-kata. Nurul sangat teruja sebab first time jejakkan kaki ke sana. Aku? Tenang-tenang je..kali kedua ke sana, juga bersama rombongan yang sama. Thanks to Ayen especially, both pilots, juga kepada rakan-rakan ahli 'rombongan'. Ahaks!~


Ladang Teh Boh di Sungai Palas, Cameron Highlands. Damai, Tenang. Aku Memang suka ngan keadaan tempat ni. Jauh dari kesibukan dan kebisingan kota. sangat mengasyikkan.



Ahli rombongan... Ahaks!


Di hadapan kilang Boh. Bau teh diproses dari luar kilang je dah cukup untuk mengajak aku melihat dari dekat proses penghasilan teh.

Kami di Tanah Rata. Sebelum teruskan perjalanan jelajah Cameron Highlands.

Ahaha... tak lengkap rasanya perjalanan ke sana tanpa strawberi. Cameron Highlands memang sinonim dengan roses, strawberries and other hot stuff.

::MysangKora::
2 pilots..2 cars..2 `gorgeous` people plus 5 men..a challenging journey and a destination with just one hope! Holiday!~ To Shah also,a lot of thanks to you bro.. :)

:: Kehidupan di Sebalik Pagar Tinggi ::


Mereka merupakan antara insan-insan yang telah membuat percaturan hidup yang salah suatu masa dahulu. Golongan ini terperangkap di antara keinginan yang tinggi dalam diri lalu memilih jalan hitam sebagai panduan. Namun, tanpa disedari, jalan tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada diri, tetapi hanya kesengsaraan yang berpanjangan. Siapakah mereka yang saya maksudkan? Ya, mereka adalah golongan pelatih di PUSPEN (atau dahulunya lebih dikenali sebagai Pusat Serenti).

Pada 3 Oktober lalu, Unit PISMK-OUM PJKbersama KPLI B&K telah mengadakan program lawatan di PUSPEN Benta. Ini merupakan pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke tempat yang bergelar pusat serenti. Saat tibanya di sana, perbagai pertanyaan timbul di dalam hati. Melihat keadaan pusat yang jauh dari kehidupan orang ramai, hati ini terdetik: Bagaimana agaknya kehidupan mereka di sini? Itulah persoalan pertama yang bermain di fikiran. Semasa kami tiba, pelatih-pelatih ini sedang membuat panggilan baris. Dapat dilihat di sini, terdapat tiga kumpulan pelatih yang memakai tiga warna t-shirt yang berlainan. Menurut pegawai di sini, mereka diasingkan mengikut tempoh rawatan pemulihan yang telah diberikan.

Detoks..pernahkah anda mendengar perkataan ini? Detoks berperanan sebagai tempat tahanan pertama pelatih. Mereka dicampak ke sini sebagai satu proses nyahtoksik, atau membuang gian penagih. Ditahan di sini untuk tempoh dua minggu tanpa dibenarkan berjumpa orang lain. Fuh! Melihat keadaan bilik tesebut, hampir loya tekak dan hampir pitam dibuatnya! Tandas, tempat tidur, makan semuanya di tempat yang sama. Kita sebagai manusia normal, mampukah hidup di tempat sedemikian??

Rata-rata daripada mereka apabila ditanya mengenai penglibatan awal dalam 'bidang' ini, masing-masing terlibat disebabkan oleh keinginan tinggi yang ada dalam diri untuk mencuba. Selain itu, pengaruh daripada rakan sebaya juga dilihat sebagai penyumbang utama kepada masalah penagihan dadah. Semakin hari, bilangan penagih semakin meningkat. Kita, sebagai ahli masyarakat.. apakah sumbangan kita terhadap masalah ini??

Terus-terang saya katakan, diri ini sendiri kurang mempunyai keyakinan untuk mempercayai golongan ini walaupun berkali-kali mengatakan bahawa mereka sudah insaf. Mengapa saya berkata begitu? Melihat kepada keadaan mereka setelah tiga hingga empat kali keluar masuk pusat, adakah ini dilihat sebagai sudah insaf? Anda sendiri mampu menilainya. Maaf, ini hanyalah pendapat peribadi. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi di sini, namun biarlah hanya saya yang tahu. Tak semua perkara di sana boleh diceritakan di sini.

Sebagai ahli masyarakat, tunaikanlah tanggungjawab sosial kita terhadap mereka selagi termampu. Terima mereka sebagai ahli masyarakat, jangan sisihkan mereka..

"TIADA YANG KEKAL MELAINKAN BERUBAH"


::MysangKora:: Ini baru kes dadah. Macam mana pula kes hidu gam yang makin berleluasa di kalangan murid-murid sekolah rendah yang terjebak seawal usia sembilan tahun?? Bukankah sepatutnya untuk usia semuda ini kanak2 ini perlukan pantauan daripada ibu bapa dan ahli keluarga mereka? Ini serius, perkara ini perlu diberi perhatian!!

:: Sembang Tepi Jalan-telah dibukukan! ::



Alhamdulillah, Sembang Tepi Jalan (STJ) telah selamat dilancarkkan. Mende la STJ ni ek?? Mesti tertanya-tanya kan. STJ ni sebenarnya sebuah buku yang mana karya-karya dalam tu sebelum dibukukan, penulisnya selalu post kat website Tokeikedai.net. Kiranya beliau salah sorang kolumnis la kat situ. Laman ni aku mula usyar masa aku Form 4 dulu (almost 6-7 years ago) and memang tak pernah miss baca coretan bro Meor ni. Penggunaan bahasa dalam tu ringkas, padat dan sangat bermakna.
Menurut bro Meor, STJ merupakan cerita-cerita dalam bentuk luahan hati yang ditulis tanpa pernah dirancang atau disusun. Asas konsep penulisannya adalah luahan hati yang ditulis adalah santai, tetapi membawa persoalan serius. Idea-idea kebanyakannya daripada apa yang beliau lalui dan menurut beliau lagi, perkara-perkara tu berlaku secara sedar atau imaginasi yang membentuk persepsi. kebanyakan penulisan beliau menjurus kepada kehidupan marhaen, cerita orang-orang biasa yang biasanya tidak banyak kepentingan dalam hidup.
Seriously, bila baca apa yang beliau tulis, aku kadangkala jadi kagum. Betul la, pengalaman masa lalu yang jadikan siapa kita pada hari ini. Pengalaman, tak semestinya yang indah-belaka. Pengalaman pahit tu sebenarnya yang buat kita lebih berhati-hati pada masa depan. Sekali kita dah jatuh, tak selamanya kita akan jatuh. Peluang tu sentiasa ada kat mana-mana, yang pasti diri perlu positif dan betulkan semula kesilapan tu. Life must go on, beb!
Kita boleh menipu sesama kita, tapi kita tak kan boleh tipu diri kita sendiri..apatah lagi Tuhan..
-bro Meor-
Uh..malas nak cerita panjang-panjang. Nak tau lebih-lebih, kena la dapatkan buku ni. Setakat ni, jangan cari lagi kat MPH sebab memang tade lagi kat situ. Kalo nak, beli secara onlie ok.. hihihi

:: Padah Perjalanan Tanpa Perancangan ::

Pagi yang sunyi, sangat tenang sekali. Benda ni yang paling aku suka bila berada di Lipis. Ditemani bunyi unggas, asyik sangat. Bunyi-bunyi tu je dah cukup buat teman aku ketika ni. Tak perlu dengar lagu-lagu jiwang, tangkap leleh, rock kapak atau sebagainya. Yang paling aku suka, bunyi-bunyi macam ni betul-betul buat aku asyik melayan perasaan yang tengah berkecamuk plus sakit saat ni. Ye la, mana tak sakitnya, perut dari malam tadi benyanyi-nyanyi riang mintak diisi, tapi aku wat derk je. Ahahaha..

Lupakan soal tu, kembali semula kepada topik asal aku. Hurmm ok. Aku nak cerita sket pasal perjalanan aku tempoh hari. Akibat takde perancangan, maka tercampak la aku kat Shah Alam selama 3 hari, then bersambung pula kat Kuantan selama 3 hari jugak. Ni baru cerita pasal perjalanan pergi, belum lagi perjalanan balik. Nak dijadikan cerita pulak, tiket dari Kuantan dari Lipis sold out dari Ahad sampai Selasa. Aku dah menggelabah abes masa tu. Alamak macamana ni? Hohoho.. takkan nak ponteng lagi? Haiya.. masa tu memang tak bleh nak fikir lagi. Aku try lak usyar tiket ke Jerantut, abes juga. Adoyai! Memang dah putus asa gila time tu. Tanpa fikir panjang, aku trus beli tiket ke KL. Then patah balik ke Lipis.

Ya Allah.. tak ke bengong namanye tu? Huhuhu.. ya, itulah kenyataannya. Benda tu la yang aku buat semalam. Perjalanan Kuantan-Lipis yang sepatutnya hanya selama lebih kurang 4 jam, menjadi 6-7 jam akibat kebodohan aku. Huhuhu..

Moral of the story is:
Next time, nak buat apa sekali pun, mesti fikir and plan dulu. Nak-nak lagi, bagi kita-kita yang tak berkenderaan ni. Harap-harapnya kejadian kali ni jadi pengajaran buat diri aku. Korang pun amik pengajaran jugak ye. Kalau tak, korang pun dua kali lima cam aku jugak la hikhikhik.. lagi satu, sebenarnya if aku ikut angah lik semula ke Shah Alam, juga tak jadi masalah. Minggu ni study week. Balik lewat sikit, apa salahnya. Tapi sebab sifat menggelabah dan akal singkat aku, maka terdamparlah keseorangan di asrama puteri ni. Nak gelak? Gelak ka puas-puas ok. Cuma sekali lagi diingatkan, tolong jangan ulangi kesilapan ku ini…

::Aku Sayang Kamu, Sungguh! ::



:: Setiap Saat Kami::

Fuh..! Habuk, sawang..semuanya ada. Agak lama juga tak menjengah blog ni. Hari-hari yang dinanti semakin tiba. Ya, tarikh keramat 1 Disember 2009 makin hampir. Perasaan gementar, takut, kurangnya keyakinan terhadap diri sendiri..semuanya bercampur manjadi satu. Ah..biarkan dahulu. The most important now is, perkara yang penting perlu didahulukan..



Ketika entry ini di post, aku sedang berada di Shah Alam. Sambutan majlis konvokesyen+seminar KEDAP dan majlis-majlis lain sedang berlangsung kata maktab. Aku? Tercampak jauh ke sini, di bumi Shah Alam tanpa sebarang perancangan. Benarlah, kita hanya mampu merancang. Dengarnya, mafia-mafia dari HEP merempuh masuk bilik-bilik di asrama putera dan puteri ekoran ketidakhadiran ramai guru pelatih ke Dewan Darul Makmur. Wahai pesalah-pesalah sekalian, sabar je la eh. Dugaan untuk korang la tu sebagai pelajar Afzan. Best jugak bila dengar, kenangan terhebat tu. Bila lagi nak buat salah, selalu jadi budak baik je kan. Aku bernasib baik, sebab sempat cabut awal hehehe.. nasib je tu.



Well, sejak kebelakangan ni agak sibuk..sibuk dengan kerja-kerja tertangguh yang sengaja dilengah-lengahkan. See, padan muka aku! Hahahaha.. tapi xpe, akhirnya segalanya menjadi sempurna. Projek anatomi kami, masing-masing berjaya siapkan dengan jayanya. If korang pi jabatan PJ, jengah-jengah la kat bilik tarian kat atas tu. Hanya itu yang mampu ditinggalkan buat Afzan, ya..hanya itu yang termampu kami lakukan.




Sebahagian hasil kerja kami..


Entry kali ni dicoretkan dengan penuh emosi: suka, duka, bahagia, gembira, sedih.. semuanya bercampur, terlalu banya kenangan yang tersimpan di dalam memori. Dan segalanya pasti dikenang sebagai kenangan terindah sepanjang bergelar pelajar di bumi Afzan ini. Biar ku singkap sedikit kenangan pertama kali menjejakkan kaki di sini. Kurasakan, kamilah insan-insan malang yang terpaksa menetap di sini. Aduyai, malang sungguh nasib kami. Satu-satunya unit tunggal yang ada, ditemani empat unit KPLI, 3 unit dari pengajian Tamil.. dorang je la peneman kitorang masa tu. Inilah persepsi bodoh aku ketika 2. Even berlainan bangsa, kitorang memang kamceng, and dorang pun tak sampai hati nak buli kitorang cam juniors lain ekekeke.. itulah kelebihan kami waktu tu..And yang paling seronok sekali, kami satu-satunya unit yang terdiri daripada perempuan kesemuanya.


Ada satu ketika, kami tak diarahkan untuk kosongkan bilik. Jika dilihat kembali kami satu-satunya unit yang paling bertuah. Macam-macam keistimewaan yang kami dapat time 2, mungkin disebabkan jumlah pelajar yang tak berapa nak ramai ketika tu. Antaranya, kitorang ada 2 kelas, satu kat pentadbiran and satu lagi kat Jabatan PJ. cuba bagitau kat aku, unit mana yang ada sampai 2 kelas kat Afzan ni?? Takde kan..ahahaha.. Yang kedua, setiap kali ade majlis kat maktab lepas tu mesti ada makan-makan free. Korang-korang yg juniors ni, sempat ke merasa semua tu? Takde jugak kan hehehe.. Yang ketiga, satu-satunya unit yang tinggal kat blok asrama yang sama, bilik sederet..sempat tukar blok 2 kali je. Sekitar 2006, kitorang 20 orang je yang tinggal kat blok Seroja tu. Bayangkan ujung minggu, berapa kerat je tinggal and warden pun takde selalu time weekend. Memang jadi anak kesayangan Cik Sazila n Encik Fauzi Ngah la hahaha.. yang keempat, kitorang je satu-satunya unit yang penah guna bus time SBE. Yang lain, penah merasa ke?? Takde jugak kan hahaha...


Yang tersenarai kat atas tu hanya sebahagian daripadanya je. Yang lebih-lebih tu, x payah la kot diceritakan di sini. Sesungguhnya, pelbagai pengalaman telah diambil dan dicatatkan di bumi Afzan ni. Yang pastinya, segala yang manis akan dibawa keluar sebagai kenangan terindah dalam hidup. Bagi yang pahit dan kelat pula, aku tinggalkan di sini sebagai tatapan dan jadikan pengajaran di kehidupan akan datang.. Malu untuk diakui, tapi kini aku sedar.. ya, sesungguhnya kamu sentiasa di hati. Aku sayang kamu Afzan, sungguh!


:: 'Berpesta Jiwa Seketika' - Dihukum Tanpa Sebarang Bicara ::


Kira-kira dua hari yang lalu, seorang hamba Allah yang bergelar kaum Adam telah menegur penulis di ruangan sembang Yahoo Messenger. Penulis menerima baik sapaan tersebut. Berikut merupakan butir-butir perbualan penulis dan hamba Allah tersebut:

mohd fakrulrodzi kassim kassim: Salam.
north_star86: waalaikumussalam.
mohd fakrulrodzi kassim kassim: cikgu meronggeng di mana?
north_star86: meronggeng dii lipis
north_star86: da balik pun
mohd fakrulrodzi kassim kassim: cikgu jln2 smbil ronggeng ye
mohd fakrulrodzi kassim kassim: lipis apee yg menarik
north_star86: hahaha
north_star86: biasa
north_star86: cikgu pun manusia biasa
north_star86: kn?
north_star86: lipis??
north_star86: hohoho
north_star86: byk sgt tmpt menarik
north_star86: kena mai tgk sendiri
north_star86: x dpt dibayangkan dgn kata2
mohd fakrulrodzi kassim kassim: jgn buat perangai tak senonoh dah ler...
north_star86: Insyaallah
mohd fakrulrodzi kassim kassim: cikgu kena jd tauladan kt budak2 tue
north_star86: rasanya mak ayah sy bekalkan ilmu yg cukup untk sy jg nama baik depa
north_star86: stakat ni, alhamdulillah
north_star86: sy mampu jg diri dgn baik.
mohd fakrulrodzi kassim kassim: lani...cikgu pun sama naik dgn perangai budak2 sekolah
north_star86: ye ke
north_star86: rasanya
north_star86: stakat ni
mohd fakrulrodzi kassim kassim: alhamdulillah kalu beringat...
north_star86: sy blom masok lg golongan2 gru yg berperangai spt budak sek
north_star86: insyallah
north_star86: akan dikekalkan sifat baik 2
mohd fakrulrodzi kassim kassim: nasihat
north_star86: terima kasih atas ingatan
mohd fakrulrodzi kassim kassim: baru2 baca tak metro
mohd fakrulrodzi kassim kassim: mmg la manusia mudah dan ada buat silap...
mohd fakrulrodzi kassim kassim: kalu ada selalu amalan mnasihati ini...kita jd beringat
mohd fakrulrodzi kassim kassim: kan?
north_star86: ya
north_star86: terima kasih atas ingatan tulus ni
mohd fakrulrodzi kassim kassim: so, balik sp ke?
mohd fakrulrodzi kassim kassim: cikgu...
mohd fakrulrodzi kassim kassim: bahasa kat display dlm ym tue, moga2 diperbaiki...
mohd fakrulrodzi kassim kassim: sebab bahasa tue mencerminkan peribadi seseorang tue
mohd fakrulrodzi kassim kassim: takut org salah anggap...
mohd fakrulrodzi kassim kassim: biar bahasa elok...jgn la tulis pi ronggeng la...berpesta la..mintak jgn tulis mcm tue...
mohd fakrulrodzi kassim kassim: maaf ye...kalu tak suka teguran atau nasihat takpe la
mohd fakrulrodzi kassim kassim: hal masing2 kan
mohd fakrulrodzi kassim kassim: moga2 amalan di berkati
north_star86: terima kasih atas teguran ini. saya terima dengan hati terbuka. ya, mungkin penggunaan bahasa saya salah. mungkin betul menurut pendapat peribadi encik fakrul, bahasa mencerminkan peribadi seseorang. tapi inilah saya. saya tidak mampu berpura-pura menjadi seorang yang sempurna seperti yang diminta oleh semua orang. pada saya, matlamat menghalalkan cara. yang penting, niat. terima kasih sekali lagi atas teguran itu.

Butir-butir perbualan ini bukan sengaja diletakkan di sini untuk tujuan publisiti, tetapi untuk renungan bersama. Wajarkah penulis dilabel sebagai guru yang berperangai seperti budak sekolah hanya kerana penggunaan bahasa penulis yang caca merba? Atau hanya mungkin penulis yang terlalu beremosi ketika meluahkan bicara balas terhadapnya? Semuanya berkemungkinan. Ya, memang diakui penggunaan bahasa penulis adalah sangat lemah. Dan saat ini, penulis masih lagi berusaha dengan sedaya upaya membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut sebelum benar-benar bergelar seorang pendidik.

Geli usus perut aku! Skema semacam ayat-ayat kat atas tu. Tolong la, itu bukan cara aku. Memang diakui, itulah penggunaan bahasa yang seharusnya diguna pakai dalam sesuatu penulisan. Tapi sesungguhnya, mohon ampun dan maaf bebanyak, itu bukan aku. Setiap manusia ada cara tersendiri.

Apa yang memusykilkan aku hingga ke saat ini ialah, perlukah aku dinilai sehingga sebegitu rupa? Kalo dia ada kena mengena ngan aku tape la jugak. Ni tak, aku tak penah kenal siapa dia sebelum ni, then nak wat conclusion macam tu pasal aku. Gua memang betul2 panas time tu beb!

Buku jangan dinilai dari kulit, sebaliknya perlu dinilai melalui isi dalamnya. Kalo harapkan kulit je cantik, tapi isi dalam cam hampeh, tak de makna jugak kan. Mesej tak sampai dan takde pengajaran kat seisi pembaca, lagi la hampeh.

Berpesta jiwa.. ya, apa yang aku maksudkan pada saat itu ialah aku sedang sedaya upaya mengubat jiwa supaya berseronok dengan kehidupan yang dilalui. Bukan bermaksud diri ini sedang berpesta, terkinja-kinja di luar sana. Mungkin jugak penggunaan metafora yang berlebih-lebih buat frasa tu jadi disalah anggap.

Apapun, aku terima teguran tu dengan hati terbuka. Cuma yang aku tak dapat terima, dia judge aku melalui bahasa yang aku pakai. Kan tak adil namanya tu??

::Aku dan Backstreet Boys::

Gua Caya Sama Lu, Beb!


Finally, I got it! Yezzzzaaa! Dapat gak aku cari album Backstreet Boys yang paling latest ni. This Is Us, ni tajuk album depa yang paling latest, merangkap album keenam depa. Lama gak aku tunggu album ni. Korek-korek kat internet, last-last jumpa. Rupa-rupanya album depa ni da release hampir sebulan lalu. Aku la pulak yang ketinggalan ditelan dek zaman. Hahaha.. . Nak pi Speedy Video, adus~ jam la pulak kat Central Square tu. Korek-korek lagi, aku jumpa satu album penuh kat internet. Wah! Memang betol-betol rezeki datang bergolek time fulus semakin menipis. Hehehe..apa lagi, dengan kelajuan maxis brodband yang pantas lagi rancak di rumah, takkan nak lepaskan peluang kot. Hehehe..

Okey, mai nak story sket pasal BSB ni. BSB ni merupakan band favourite aku since sekolah-sekolah dulu. Aku mula kena boy band ni masa aku Darjah 4. skang aku dah nak masuk 23 tahun. Uisy, kalo bercinta dalam tempoh ni dah macam-macam hal jadi agaknya. Hehehe.. okey, kita sambung lagi cerita ni. Angah, kawan aku yang kenalkan kat kami. time tu, semua kawan-kawan aku memang minat gila ngan group ni. Siap main cup-cup lagi. Keh3.. ingat lagi, Jard memang minat gila kat Howie D, Angah pulak minat tahap asbestos kat si AJ McLean tu. Nora nag minah aku tak pasti lak minat sapa. Ha, tapi si Keith aku tau. Kalo tak silap, dia minat abang Brian tu. Aku pulak? Minat semua kot, senang cerita macam tu kan hehehe..

Siyes, yang pasti kawan-kawan memang betol-betol memainkan peranan yang sangat besar. Aku boleh minat gila kat mamat-mamat ni sebab kawan-kawan la. Time tu, kalo ada cerita pasal group ni keluar kat suratkabar, mesti nak simpan keratan tu and then lekat kat dalam buku. Hehehe..tengok! obses betoi aku kat group ni. Agaknya kat mana la buku tu skang ek? Kalo jumpa, mesti aku belek-belek sambil gelak sorang-sorang.. lagi satu, tiap kali video klip depa keluar kat ntv7 satu masa dulu, aku mesti berlari-lari nak pi tengok. Mana tak nya, sat lagi kat sekolah kawan-kawan mesti nak bercerita. Rugi la kalo tak tengok, sebabnya nanti kawan-kawan bersembang tak boleh join sebab tak paham depa cakap pasal apa. Hahaha! Bengong bebenar aku satu ketika itu!

Backstreet Boys.. anggota asalnya adalah seramai 5 orang. Dianggotai oleh Brian Littrel (betoi ke aku eja nama mamat saleh ni?) , Kevin Richardson, AJ McLean, Nick Carter dan Howie Dorough. Tapi skang ni, depa tinggal berempat je. Kevin tu da tarik diri, nak bersara katanya. Maybe dia rasa dia da tak cukup tenaga nak beraksi kat pentas dah kot. Hahaha..pandai aku buat kesimpulan sendiri.

Seingat aku la, time tu aku tak penah langsung minat ngan group/band Melayu ni. Hahahaha..bapak kerek gila time tu! Berlagak sangat pun ye gak. Tapi ni cerita betul tau. Dulu-dulu mana penah aku layan lagu-lagu Melayu, nak-nak lagi time sekolah. Spoon, Scoin, spin and lain-lain group tu haram tak penah kenal satu ketika dulu. Masuk maktab je baru aku kenal group/band Malaysia ni. Tu pun sebab jiran sebelah menyebelah bilik menggemari lagu-lagu rock kapak. Aku pun tumpang dengar sekaki, lama-lama rasa best pulak, then mintak copy and dengar kat Pc sendiri. Mentaliti aku time tu, lagu Melayu ni cam hampeh. Tapi skang tak lagi la fikir camtu, nasyid pun da layan skang beb! Sebenarnya lagu-lagu Malaysia ni ada kelas yang tersendiri, yang tu aku tak nafikan. Tapi jangan risau la la ni, dah tak macam dulu lagi. Lagu-lagu melayu seringkali tersenarai kat playlist Realplayer aku.


Ni la serba sedikt kenangan aku bersama Backstreet Boys. Muzik depa dari dulu sampai skang masih lagi sama walaupun dah macam-macam genre muzik yang ada dewasa ini. Peminat depa barangkali masih juga sama. Cuma satu benda je yang tak sama, kekuatan depa dah tak mungkin sama cam dulu. Rasanya Howie D tu dah tak mampu lagi menari rancak-rancak kat stage, sebab depa da makin dimamah usia. Senang cakap depa dah makin TUA. Ekeke..

:: Awek Paling Cun!!~ Phewitt ::


Tajuk cam best sangat je. Siapakah gerangan si gadis yang cun sangat ni? Aku..haisy, bukan nak cerita pasal aku. Tapi nak cerita pasal sorang awek ni. Kecil molek je orangnya.. Tadaaa! ni la gerangan anak sedara aku. Nama dia Siti Nur Aqilah.
so Jard, ni la anak sedara aku yang cun tu. Hahahaha.. amacam, bleh kenen kat anak sedara hang tak?? =)

:: One Last Cry ::


One last cry? Do we have to cry when we're sad? Hehehehe.. tak perlu menangis and takda sebab munasabahnak teriak kuat-kuat sebab aku bukannya ngah sedih pun. Cuma tadi masa ngah godek-godek internet, terjumpa lagu yang dah memang agak lama aku cari. Lagu ni banyak version. Justin Timberlake, Brian McKnight, Brian Littrel (betol ke eja camni..lantak la). Tak tau sapa penyanyi asal dia. Yang aku suka justin Timberlake punya versi, sebab dulu-dulu dia ni pernah masuk dalam list penyanyi poojaan aku. Keh3..Yang pasti lagu ni masyuk, sedap didengar,lirik pun agak cambest. So layan je la lirik kat bawah ni ok!





::One Last Cry::


My shattered dreams and broken heart
Are mending on the shelf
I saw you holding hands
Standing close to someone else
Now I'm still all alone
Wishing all my feelings was gone
Gotta get over you
Nothing for me to do
But have one last cry...
One last cry
Before I leave it all behind
I've gotta put you out of my mind this time
Stop living a lie,
I guess I'm down to one last cry
I was here you were there I guess
We never could agree
While the sun shines on you
I need some love to rain on me
Still I sit all alone
Wishing all my feelings were gone
Gotta get over you
Nothing for me to do
But have one last cryOne last cry
Before I leave it all behind
I've gotta put you out of my mind this time
Stop living a lie, I guessI'm down to one last cry
I know I gotta be strong
But 'round me life goes on and on
And on and on and onI
'm gonna dry my eyes right after
I have my one last cry
One last cry
Before I leave it all behind
I've gotta put you out of my mind this time
Stop living a lie, I guess
I'm down to one last cry

::Eid Mubarak::


Ramadhan telah menutup tirainya, dan kini muncul pula Syawal. Semoga diterima segala ibadah dan kebaikan yang telah dilakukan sepanjang bulan mulia ini. Ramadhan kali ini benar-benar memberi hikmah kat aku and family especially. Good news and bad news. Apa-apa pun, semua ni diterima dengan hati yang terbuka. Redha dengan apa yang berlaku, kami terima ketentuan-Nya. Sesungguhnya, setiap kejadian yang berlaku benar-benar mengandungi hikmah tersembunyi. Dan kini aku menyedarinya. Terima Kasih Allah kerana memberi kesedaran kepada kami =)


Actually, banyak sangat yang nak di storykan di sini, tapi tak berkesempatan. Ni pun curik-curik online, tu pun mak da tercari-cari kat mana aku nyorok. Adoyai~Entry lain kali plak aku story.


Di kesempatan ni, aku nak wish kat semua Salam Aidilfitri 1430 H. Maaf Zahir dan Batin. Segala salah dan silap harap diampunkan. Moga dihalalkan segalanya.


Tak sabar nak tour ngan geng-geng Syed Jan. Huhuhu~ moga-moga menjadi plan aku ngan Jard.. Hehehe


Buat geng-geng di Afzan, ni tahun terakhir kita raya sama-sama kan. Huhuhu.. Let`s make it more memorable! Tahun terakhir beraya as a student, tahun depan dah mula kerja. Opps.. bukan tahun depan k, tapi hujung tahun ni. Dasar kementerian katanya. Huhuhu..dahsyat! Mengejutkan, tapi benar...mampu ke aku,bersedia ke aku?? :(

:: Derita Penyakit M ::


Penyakit M..penyakit ni seringkali menghantui diri aku, malah sejak akhir-akhir ni makin kronik. Sedar tak sedar, dah lama aku dijangkiti penyakit M ni, sejak dari zaman sekolah-sekolah dulu lagi. lama-kelamaan jadi makin parah pulak. Huhuhu.. Apa pulak penyakit M ni? Haa..kalo nak tau, penyakit M ni adalah penyakit MALAS. Siapa yang ada penyakit ni sila angkat tangan! Heheh..

Malas..rasanya korang pun tau apa yang aku maksudkan. Dalam konteks kita, malas yang selalu sangat dihidapi ialah malas nak siapkan assignment, malas nak pi kuliah, malass mandi and etc. Haa.. malas mandi? Ada ke yang macam tu??

Memang diakui, setelah menjejakkan kaki ke semester akhir ni, terlalu amat banyak sangat kerja-kerja aku yang tertangguh. Fuh.. sekali pensyarah mintak, kerja overtime la kitorang. Padan muka hang kan, sapa yang soh buat kerja last minute. Inilah padahnya. Ekekeke.. untuk pengetahuan, bukan aku sorang je diserang penyakit ni. Geng-geng seangkatan pun lebih kurang sama jugak. Ada satu kemungkinan je, agaknya masing-masing sudah mula memikirkan perjalanan berliku yang bakal dilalui pada tahun hadapan hingga membuatkan masing-masing dibuai mimpi ngeri dan terleka seketika. Ahaks!

Okay, jom kita lihat masalah penyakit ni dari perspektif yang lebih luas. Sikap malas ni sebenarnya melambangkan diri seseorang individu tu tak de kesungguhan unntuk memajukan diri sendiri, bahkan dia juga mensia-siakan bakat yang mungkin boleh memberikan pulangan yang lebih bermakna pada masa hadapan.

Korang nak tau tak, sikap malas ni sebenarnya takde dalam kamus tokoh-tokoh yang nama-nama dorang dah established. Contohnya seperti Bill Gates, Donald Trump serta tokoh tempatan, Tan Sri Albukhari. Ini satu fakta beb, bukannya auta! Kajian dah dijalankan, dan didapati bahawa mereka-mereka yang dah menempa kejayaan ni, terutamanya dalam business senantiasa mencari peluang dan ruang yang ada. Yang tu dah pasti la, sebabnya kalau dia tak rajin berusaha, aku berani kerat jari yang depa-depa ni tak mungkin boleh capai tahap yang depa ada skang ni. Fuh… tabik spring lah aku kat tokoh-tokoh ni.

Berdasarkan pengamatan aku, malas ni sebenarnya boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah malas berfikir, malas membaca dan malas berusaha. Ha, tiga kategori malas ni la yang menjadi masalah utama kita. Jom kita tengok satu persatu.

1. Malas berfikir
Seperti yang kita semua tau, setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Bukan nak cakap kita ni langsung tak berfikr. Akalnya sepatutnya digunakan untuk berfikir mengenai perkara-perkara yang lebih rasional. Tapi selalunya, benda-benda yang melibatkan ilmu pengetahuan/bercorak ilmiah ni jarang sangat nak dipikir. Setuju tak? Aku bagi satu contoh mudah, zaman sekolah-sekolah dulu ada tak korang copy and paste je jawapan-jawapan soalan Maths kawan-kawan korang? Ha..jangan tipu ye. Sebabnya aku berpengalaman luas dalam bidang tu! Hehehe..

Selain tu, kita selalu juga seringkali salah guna akal yang Allah berikan ni. Kenapa aku cakap camtu? Okay, jom kita tengok apa yang berlaku kat masyarakat sekarang. Akibat daripada kurangnya sikap berfikir ni, kita lebih suka berhibur, sedangkan kita tahu sekiranya berfikir dengan lebih rasional, benda tu tak mungkin akan kita buat. Betol tak?
Selain tu, otak ni perlu dilatih supaya sentiasa berfikiran positif. Dengan tu, baru la otak ni boleh dirangsang untuk pikir pasal perkara@ benda yang boleh memotivasikan diri sendiri.

2. Malas membaca
Penyakit ni lagi satu, memang tersangat susah nak diubati. Bagi la tazkirah panjang macam mana pun, selalunya kita buat derk je. Kan2? Hehehe.. bukan pe, semenjak dua menjak ni aku pun baru ada kesedaran tu. Tu pun setelah puas sedarkan diri sendiri yang ilmu yang ada terlalu sangat amat ciput nak dibawa ke sekolah tahun depan. Huhuhu..ngeri bila pikir bab yang satu ni.

Cuba tengok contoh ni. Cuba bayangkan kalau surat khabar pun kita tak baca, adakah kita akan tau apa yang sedang berlaku pada masa tu? Dah tentu tak kan. Orang lain sibuk bercerita hal ini dan itu, kita pulak tercengang-cengang, apa jadahnya yang dorang-dorang bualkan ni? Hehehe.. mesti korang penah ada dalam situasi tu kan. Time tu dan-dan rasa muka tebal semacam,nak interupt kang out of topic pulak. Nampak sangat yang kita ni memang ketinggalan zaman. Ye dak? So, dengan membaca ni sekurang-kurangnya dapat la mengurangkan kebodohan kita di mata orang lain. Ngeh3..


3. Malas Berusaha
Malas ketiga ni merupakan kesimpulan daripada kedua-dua kategori malas kat atas tadi. Kenapa aku cakap camtu? Sebabnya usaha ni berkait rapat dengan ilmu pengetahuan. Kalau dah malas membaca dan berfikir, dah tu.. nak usaha lagi la malas, kan? Tengok diri kita.. macam-macam angan yang ada dalam kepala otak tu. Aku nak kaya cepat, aku nak pandai cam orang lain. Kalau ada usaha, bagus! Macamana pulak dengan orang yang hanya tau letak harapan tapi langsung takde usaha? Senang cakap, sampai bila-bila pun takkan berjaya.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, ketiga-tiga kategori dia atas merupakan sikap negatif anti-kejayaan yang WAJIB kita jauhi. Aku selalu ingatkan diri sendiri yang selalu terleka ni, so kali ni aku nak ingatkan kawan-kawan jugak. Sekarang kita mungkin tak nampak kesan tu, tapi akan datang..kita tak tau kan apa akan jadi akan datang :)


Seorang rakan pernah sarankan kat aku, cari seseorang yang boleh dijadikan sumber inspirasi. Tak kisah la sape-sape orang tu, sama ada kekasih hati pengarang jantung ke, parents or someone else yang boleh buat kita lebih bersemangat waja. Then barulah penyakit M ni akan meninggalkan diri kita sedikit-demi sedikit. Aku pernah try, dan sememangnya berhasil. Ngeh3.. korang pun cuba la jugak. Mana tau kan, hasilnya lebih memuaskan!!


::MySangkora:: Result Kajian dah keluar, tahniah kat diri sendiri dan juga kawan-kawan aku. Tak sia-sia cari bahan sampai ke UPSI sana keh3..bagi yang kurang bernasib baik, kita tunggu result Praktikum pulak ok! Aku tak sabar nak tau sapa yang bakal dapat Anugerah Cemerlang Praktikum :)

::Cerita di Bulan Ramadhan- Jasad Di Sini, Tapi Hati...::


Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
.........
Oooh...balik kampung...
Oooh...balik kampung...
Oooh...balik kampung...
Hati riang
...........



Apa yang korang bayangkan bila terdengar lagu ni? Haa, that`s it! Sudah semestinya pulang ke kampung halaman bertujuan nak sambut raya kan. Hehehe.. aku sebenarnya dah tak sabar-sabar nak pulang ke kampung ni. Yang korang nampak tu jasad aku je, hati dah selamat pun berada di kampung halaman. Ececeh.. padahal awal puasa hari tu, sempat je seminggu berpuasa kat rumah. Homesick ke? Nope! Sudah semestinya tidak.

Actually, Lagu kat atas ni merupakan antara salah sebuah lagu yang tak lapuk ditelan zaman. Sejak lagu ni dimainkan, until now masih lagi menjadi lagu pojaan ramai. Macam tu jugak dengan lagu-lagu raya evergreen yang lain. Compared to lagu-lagu raya yang dinyanyikan artis-artis baru sekarang, lagu-lagu lama ni seringkali menjadi pilihan santapan dan halwa telinga. Masyuk! Memang masyuk! Lirik pun memang cam best, arrangement music dia pun kena ngan suasana sebelum dan semasa hari raya tu. Ditambah pulak dengan suara-suara artis lama yang menggetarkan jiwa, perghhh! Memang sedap sangat didengar. Nak-nak lagi, tiba-tiba plak korang tak dapat tiket nak balik kampung. Mau meleleh air mata dengar lagu-lagu camni time tu! Ahaks!
Lagu-lagu raya..masyuk!

Antara banyak-banyak lagu raya yang ada, lagu favourite aku sudah semestinya lagu yang didendangkan oleh Mamat, Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Kalau sepuluh kali berturut-turut dengar sekalipun, aku takkan bosan. Pada aku, lagu ni memang ada nilai sentimental yang tersendiri and kena ngan jiwa. Apa yang penting pada setiap pagi raya, dah semestinya mintak restu, mohon ampun dan maaf daripada mak dan ayah kita. Jangan pulak nak cakap korang tak de buat salah dengan dorang eh! Hihihi... Sementara diorang masih ada, time ni la kita perlu buat semua tu. Jangan nak keraskan sangat hati tu, apa pun tanpa dorang siapa la kita kat dunia ni. And yang pasti tak mungkin kita boleh berada pada tahap selesa seperti sekarang. Tapi yang pasti, ni semua pendapat peribadi aku. Lain manusia, lain ragam kan, lain juga pandangan.

Tapi sebagai manusia biasa, dalam hidup kita memang takkan terlepas daripada melakukan khilaf. Aku juga begitu. Sesama lah kita memohon maaf dan memaafkan sesama kita. Tak gitu?



::MySangkora:: Baru plan ngan geng-geng Syed Jan utk tour raya kali ni. Hopefully, tak da halangan lagi kali ni. Tunggu, aku kasi gegar rumah korang raya ni. Ahaks!!

::Cerita di Bulan Ramadhan- Kuliah Cuti Kuliah::

Hari ketiga selepas pulang ke maktab, kitorang free lagi. Meminjam kata-kata Ain, today is Saturday. Walaupun hari ni Khamis, tapi masing-masing dah rasa macam sabtu! Huhuhu… Mana tak nya, baru dua hari kuliah berjalan, tiba-tiba off day plak. Ekeke.. buat pengetahuan, bukan hari ni je Satuday. Silap-silap sampai hari Isnin depan pun Saturday gak. Haiya.. mau tepu otak lama sangat memerap kat bilik. Kuliah anatomi ngan biomechanics dah bermula. Aku seperti biasa, sering dicop sebagai kaki tidur di dalam kelas. Kantoi di situ. Hahaha! Teah..teah.. bila nak berubah ni. Nasib baik En Rosli memahami, tapi sempat juga telinga ni menangkap ayat-ayat pedas yang keluar dari mulutnya. Eheh! Kuliah 3 jam straight non-stop, mana tahan beb! Rakan-rakan seangkatan juga begitu, aku pandang kau..kau pandang aku. Tersirat maksud di situ. Hanya kami yang tahu. Ekekeke...

Sejam awal.. fokus!

Sejam lima minit..kantoi di situ!


Aktiviti maktab, tak tau plak apa yang tengah berjalan skang. Banyak sangat benda yang terlepas, biarlah. Di hujung-hujung pengajian ni, dah malas nak kisah sangat hal-hal camtu. Cuma yang menjadi sedikit kepelikan kepada diri ini, surau yang tak penah-penah ramai orang tiba-tiba bulan puasa ni penuh sampai ada yang terpaksa jemaah kat luar. Alhamdulillah...Hehehe.. kan bagus, kalau setiap hari macam ni. Tak perlu tunggu bulan puasa, baru nak pergi. Kalau bukan kita, sapa lagi yang nak imarahkan surau tu, ye dak? :)

Lah..rupa-rupanya, baru aku tau.. ada cerita di sebalik semua tu. Pihak-pihak berkaitan sebenarnya nak amik kedatangan, mungkin akan diambil tindakan sekiranya tidak hadir. Itu yang aku dengar-dengar, sejauh mana kesahihan tak dapat dipastikan. Owh...patutla ramai semacam. Huhuhu.. tapi kalau difikirkan secara logiknya, benda-benda macam ni tak perlulah dipaksa-paksa. Sebabnya, datang ke situ bukan atas niat yang ikhlas, tetapi datang disebabkan perlu datang sebab nak amik kehadiran. Hurmm.. fikir-fikirkanlah sendir-sendiri ya ;)

:: Dia Yang Ku Cari::

Dia yang ku cari
Sukar ditemui
Dia yang kucari
Harumannya segar mewangi
Dia yang kucari
Datangnya tanpa pamitan
Dia yang ku cari
Perginya bagai angin lalu

Tanpa disedari, tanpa diduga
Hadirnya cuma seketika
Namun sudah cukup
Membuat aku terpana
Ya..aku terpana!
Kerana perginya tanpa sebarang pesan.

Sesungguhnya...

Aku amat merinduinya...
Datanglah kembali kepadaku...

Berikanlah sekali lagi peluang kepadaku..
Ya Rabbi..
Aku menyeru kepada-Mu..









SangRasa by:
::MySangkora::
September 02, 2009
9.24 a.mM206

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
.....
Mari kita seluruh warga negara
ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!


Hari ini bersamaan 31 Ogos 2009, genaplah negara kita, Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52. Lirik lagu di atas seringkali diingati dan dinyanyikan setiap kali tibanya hari kemerdekaan. Lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad ni sangat berbekas di hati kita.


Apakah yang dimaksudkan dengan kemerdekaan? Dan merdekakah kita? Soalan-soalan berbentuk klise seperi ni seringkali diajukan saban tahun. Sejauhmana pulak kita sebagai rakyat Malaysia menghayati kemerdekaan? Tepuk dada tanyalah selera korang... Apa sumbangan kita, generasi muda sekarang terhadap Malaysia? Aku tak nak ulas lanjut, masing-masing ada pendapat sendiri.


Apapun, sama-samalah kita menghayati erti kemerdekaan ini. Selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan yang ke 52! Peace, no war! :)

Ni logo Hari Kemerdekaan ke 52 negara kita.


::Lirik Lagu 1 Malaysia::

Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua



::Mysangkora:: Tema tahun ni 1Malaysia, Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan... Eh, tapi kenapa ye? Ehmm..Aku tak nak cakap apa-apa, fikir-fikirkanlah..huhuhu! Peace!

:: Novella Mania~Aku Kembali::

Tiga hari lepas, adik ajak bapak pi kedai buku. Aku pun mengekor jugak.. Nak tolong mak masak, awal lagi time tu. Dah agak lama rasanya tak melepak kat kedai buku. Tempat yang selalu kami lepak, sudah semestinya Hasani Books Store. Aisey..dengar cam lekeh je kedai buku ni. Mesti tertanya-tanya kan, apsal tak lepak je kat MPH or Popular. Ekekeke..jawapannya cuma satu, kedai buku ni yang paling dekat ngan rumah aku. Lima minit je perjalanan. Bandar Sungai Petani yang semakin sibuk hari demi hari, tak memungkinkan kitorang pergi ke bandar sana. Bandar Sungai Petani sekarang dah tak macam dulu beb! Makin hari, makin banyak kawasan-kawasan baru yang dibuka. Nak pergi bandar pun, terpaksa fikir dua kali. Huhuhu! Memang tak sanggup..

Bandar Sungai Petani..semakin maju dari hari ke hari..


Ha,,jangan tak percaya, Hasani Books Store ni mempunyai beberapa cawangan di negeri-negeri utara tanah air. Bunyi macam tak de kelas je kan.. Hehehe!

Sambil melepak kat book store, aku usya-usya jugak buku-buku yang nak dijadikan koleksi baru. Belek punya belek, last-last aku amik Rahsia Rindu Bau Pohon Tin, Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi.. memang masyuk! Adik pulak tangkap novel Cinta Kau dan Aku. Angah pulak melilih novel Sungguh Aku Cinta untuk penuhkan rak novel dia yang semakin hari semakin menimbun tu..adoyai!! Time nak bayar, menggigil jugak tangan nak keluarkan duit.. Tapi takpelah, semua ni ilmu beb! Hehehe.. buat muka toya je la time tu..


Cuti seminggu ni aku sibuk online sambil baca semua buku-buku ni. Sungguh Aku Cinta.. macam tak berapa kick sangat. Novel Anis Ayuni yang terdahulu semuanya dah ada dalam koleksi, tapi bukan aku yang keluarkan modal. Dah tentu dengan belas ihsan Angah and Along. Ekekeke..

Pasni jangan pelik kalau tiba-tiba enty aku bernada romantis dan melankolik..Kakaka! Dah kompem novel-novel ni yang pengaruh aku ;)

Buku-buku yang baru dibeli..masyuk..!masyuk!

:: Mysangkora:: Ngantuk jugak nak habiskan Sang Pemimpi and Laskar Pelangi. Bahasa Indonesia dia pergh..!! Memang kaw-kaw betul..apapun, novel ni memang masyuk! Banyak mesej tersembunyi yang kita tak nampak dengan mata kasar.. enjoy reading!

::Kenangan Ramadhan::



Bila tengah malam di bulan Ramadhan ni, teringat kenangan masa kecik-kecik dulu.. Then mula la senyum senyum kambing sorang-sorang. Pastu mula tersengih-sengih, macam kerang busuk! Hehehe.. Bila cerita bab kenangan ni, banyak sangat yang melekat dalam memori. Hurmm.. pada usia yang bakal menginjak 23 tahun, hard disk 500GB belum tentu muat nak simpan semua memori-memori aku nie.. Ekekeke.. Tapi tak semua benda aku simpan, certain-certain things je yang aku ingat. Memori kecik la katakan, RAM pulak tak berapa nak laju,256MB je.Processor pun lebih kurang je, al maklumla dah berusia.. Hahaha!

Orait-orait, back to our topic.. bukan boleh bagi chance sikit, mula la melencong jauh. Ekekeke..Entry kali ni, aku nak berkongsi serba sedikit pasal kenangan aku di bulan Ramadhan. Aku mula berpuasa start umur 6 tahun kot (kalau tak silap la..nanti kompem balik ngan mak) Tapi biasa la kan, mana nak puasa penuh time tu beb! orang kampung aku selalu sebut, posa yangyok, bangun pagi bukak periuk!Hehehe..anak mak katakan. Kalau lapar je, buat muka seposen. Mak pun kesian, so dapat la makan, and secara rasminya takde lah aku berpuasa pada hari tu.. hehehe! Sengal betul Teah..kuang asam pun ye gak, mentang-mentang anak kesayangan mak time tu, pandai amik kesempatan eh! Kakakaka..

Naik darjah satu pun macam tu jugak. Time tu skolah waktu petang. Ye lah, bangun pagi sementara nak tunggu pi sekolah dah macam-macam benda yang aku buat. Waktu pagi diisi dengan agenda bermain-main bersama sepupu lelaki aku. Kalau dah nama main ngan lelaki, takkan main pondok-pondok kot. Dah tentu tak lekat kat rumah, sampai hujung kampung kami berjalan-jalan sambil berlari-larian (betul ke tatabahasa aku ni..ah, lantakla!! Hehehe) Kalau tiba musim tuai padi lagi syiok, berkubang dalam bendang la kami jawabnya! Dah habis bermain, kitorang pun balik rumah, sebab pastu nak siap-siap pi sekolah pulak. Kat sekolah..ha yang ni lagi satu, benda paling sengal penah aku buat!! Kalau dah nama budak, mana tau duduk diam-diam..kat sekolah pun sama gak. Main-main and main, pastu kompem la masing-masing tercungap-cungap keletihan. Boleh pulak, aku and beberapa orang kawan pi minum air paip kat depan library,,Hahaha! Air paip pun jadi..Teah..Teah!!

Ha..yang tu baru cerita kat sekolah. Belum lagi kejadian kat rumah. Satu perkara yang paling aku tak boleh lupa..ada sekali tu, time nak berbuka. Macam biasa, aku, angah and along masing-masing dah ready bersila kat lantai. Tah kenapa, tiba-tiba aku kena simbah ngan air sirap ngan bapak aku..Aiiyaa!! Apa salahku wahai bapakku?? Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, apasal bapak simbah air sirap yang sedap tu kat muka aku yang tersangat comel time tu.. bila dah besar sikit, aku, angah and along buat kesimpulan sendiri: agaknya time tu dah kantoi aku posa tak cukup agaknya..huhuhuhu! Start dari kejadian tu, aku dah jadi baik sket beb! Posa dah penuh.. sampai la sekarang..

Panjang lebar plak aku bercerita malam ni. Ni belum massuk bab main bunga api ngan mercun lagi. Aku mula kenal mercun dan bunga api: dua adik beradik yang sangat akrab ni agak terlewat. Bapak yang sangat garang (time tu la) tak kasi chance langsung kitorang adik beradik main mercun. Huhuhu..sadis betoi! Nak buat macam mana, anak-anak dia anak dara kesemuanya. Sebagai anak yang mendengar kata ( ye ke? ) kitorang ilut je la.So tak boleh suka-suka hati ikut kepala sendiri.. tapi takde la sampai tak main langsung, ada jugak main. Bila? Ahaks! Time raya kat kampung, mesti amik kesempatan. Sebabnya, kat kampung ramai sedara-sedara jauh balik. So kalau kitorang main pun, takkan bapak nak marah anak-anak dia yang comel-comel belaka ni kat depan ramai orang. Ahaaa..aku memang pandai mencari peluang! Ekekeke..jadi nya, dapat la kitorang lepas gian kejap main mercun and bunga api.






Bila dah semakin dewasa ni, tengok mercun and bunga api pun dah tak rasa apa-apa..cuma ada sekali tu, aku and geng-geng kat maktab lepas gian jugak main mercun kat sana. Ekekeke.. ada sekali tu, kami siap bertarung main tembak-tembak mercun ngan jejaka-jejaka di blok Nuri sana. amin tembak je, bukannya tau pun siapa gerangan yang tengah beraksi time tu..hehehe! Tapi mercun kitorang cikai-cikai je, macam langit nan bumi. Dorang punya mercun..Fuh! Power beb..bergegar bumi Afzan di tengah kesunyian malam time tu!

Hurmm.. tahun ni, kalau main pun, main tembak-tembak ngan monyet kat hutan belakang je kot. Dulu bolehla, blok aku menghadap padang bola jaring, jengah lama sket dapat la skodeng jejaka-jejaka kat blok sana! hahaha..itu dulu, time tu muda remaja lagi. Sekarang dah taubat, kalau dapat skodeng pun, mungkin hanya b.a.b.i di belakang hutan sana atau lebih dikenali dengan jolokan keluarga bahagia di kalangan kitorang. Ekekeke..


MySangkora: I miss my old times.. terlalu banya kenangan. Hampa pulak macam mana? Kenangan lalu jadikan aku lebih dewasa..like now! =)