::Eid Mubarak::


Ramadhan telah menutup tirainya, dan kini muncul pula Syawal. Semoga diterima segala ibadah dan kebaikan yang telah dilakukan sepanjang bulan mulia ini. Ramadhan kali ini benar-benar memberi hikmah kat aku and family especially. Good news and bad news. Apa-apa pun, semua ni diterima dengan hati yang terbuka. Redha dengan apa yang berlaku, kami terima ketentuan-Nya. Sesungguhnya, setiap kejadian yang berlaku benar-benar mengandungi hikmah tersembunyi. Dan kini aku menyedarinya. Terima Kasih Allah kerana memberi kesedaran kepada kami =)


Actually, banyak sangat yang nak di storykan di sini, tapi tak berkesempatan. Ni pun curik-curik online, tu pun mak da tercari-cari kat mana aku nyorok. Adoyai~Entry lain kali plak aku story.


Di kesempatan ni, aku nak wish kat semua Salam Aidilfitri 1430 H. Maaf Zahir dan Batin. Segala salah dan silap harap diampunkan. Moga dihalalkan segalanya.


Tak sabar nak tour ngan geng-geng Syed Jan. Huhuhu~ moga-moga menjadi plan aku ngan Jard.. Hehehe


Buat geng-geng di Afzan, ni tahun terakhir kita raya sama-sama kan. Huhuhu.. Let`s make it more memorable! Tahun terakhir beraya as a student, tahun depan dah mula kerja. Opps.. bukan tahun depan k, tapi hujung tahun ni. Dasar kementerian katanya. Huhuhu..dahsyat! Mengejutkan, tapi benar...mampu ke aku,bersedia ke aku?? :(

0 Responses