::Aku dan Backstreet Boys::

Gua Caya Sama Lu, Beb!


Finally, I got it! Yezzzzaaa! Dapat gak aku cari album Backstreet Boys yang paling latest ni. This Is Us, ni tajuk album depa yang paling latest, merangkap album keenam depa. Lama gak aku tunggu album ni. Korek-korek kat internet, last-last jumpa. Rupa-rupanya album depa ni da release hampir sebulan lalu. Aku la pulak yang ketinggalan ditelan dek zaman. Hahaha.. . Nak pi Speedy Video, adus~ jam la pulak kat Central Square tu. Korek-korek lagi, aku jumpa satu album penuh kat internet. Wah! Memang betol-betol rezeki datang bergolek time fulus semakin menipis. Hehehe..apa lagi, dengan kelajuan maxis brodband yang pantas lagi rancak di rumah, takkan nak lepaskan peluang kot. Hehehe..

Okey, mai nak story sket pasal BSB ni. BSB ni merupakan band favourite aku since sekolah-sekolah dulu. Aku mula kena boy band ni masa aku Darjah 4. skang aku dah nak masuk 23 tahun. Uisy, kalo bercinta dalam tempoh ni dah macam-macam hal jadi agaknya. Hehehe.. okey, kita sambung lagi cerita ni. Angah, kawan aku yang kenalkan kat kami. time tu, semua kawan-kawan aku memang minat gila ngan group ni. Siap main cup-cup lagi. Keh3.. ingat lagi, Jard memang minat gila kat Howie D, Angah pulak minat tahap asbestos kat si AJ McLean tu. Nora nag minah aku tak pasti lak minat sapa. Ha, tapi si Keith aku tau. Kalo tak silap, dia minat abang Brian tu. Aku pulak? Minat semua kot, senang cerita macam tu kan hehehe..

Siyes, yang pasti kawan-kawan memang betol-betol memainkan peranan yang sangat besar. Aku boleh minat gila kat mamat-mamat ni sebab kawan-kawan la. Time tu, kalo ada cerita pasal group ni keluar kat suratkabar, mesti nak simpan keratan tu and then lekat kat dalam buku. Hehehe..tengok! obses betoi aku kat group ni. Agaknya kat mana la buku tu skang ek? Kalo jumpa, mesti aku belek-belek sambil gelak sorang-sorang.. lagi satu, tiap kali video klip depa keluar kat ntv7 satu masa dulu, aku mesti berlari-lari nak pi tengok. Mana tak nya, sat lagi kat sekolah kawan-kawan mesti nak bercerita. Rugi la kalo tak tengok, sebabnya nanti kawan-kawan bersembang tak boleh join sebab tak paham depa cakap pasal apa. Hahaha! Bengong bebenar aku satu ketika itu!

Backstreet Boys.. anggota asalnya adalah seramai 5 orang. Dianggotai oleh Brian Littrel (betoi ke aku eja nama mamat saleh ni?) , Kevin Richardson, AJ McLean, Nick Carter dan Howie Dorough. Tapi skang ni, depa tinggal berempat je. Kevin tu da tarik diri, nak bersara katanya. Maybe dia rasa dia da tak cukup tenaga nak beraksi kat pentas dah kot. Hahaha..pandai aku buat kesimpulan sendiri.

Seingat aku la, time tu aku tak penah langsung minat ngan group/band Melayu ni. Hahahaha..bapak kerek gila time tu! Berlagak sangat pun ye gak. Tapi ni cerita betul tau. Dulu-dulu mana penah aku layan lagu-lagu Melayu, nak-nak lagi time sekolah. Spoon, Scoin, spin and lain-lain group tu haram tak penah kenal satu ketika dulu. Masuk maktab je baru aku kenal group/band Malaysia ni. Tu pun sebab jiran sebelah menyebelah bilik menggemari lagu-lagu rock kapak. Aku pun tumpang dengar sekaki, lama-lama rasa best pulak, then mintak copy and dengar kat Pc sendiri. Mentaliti aku time tu, lagu Melayu ni cam hampeh. Tapi skang tak lagi la fikir camtu, nasyid pun da layan skang beb! Sebenarnya lagu-lagu Malaysia ni ada kelas yang tersendiri, yang tu aku tak nafikan. Tapi jangan risau la la ni, dah tak macam dulu lagi. Lagu-lagu melayu seringkali tersenarai kat playlist Realplayer aku.


Ni la serba sedikt kenangan aku bersama Backstreet Boys. Muzik depa dari dulu sampai skang masih lagi sama walaupun dah macam-macam genre muzik yang ada dewasa ini. Peminat depa barangkali masih juga sama. Cuma satu benda je yang tak sama, kekuatan depa dah tak mungkin sama cam dulu. Rasanya Howie D tu dah tak mampu lagi menari rancak-rancak kat stage, sebab depa da makin dimamah usia. Senang cakap depa dah makin TUA. Ekeke..

2 Responses
  1. muzalifah Says:

    wey..sekali lagi teah saja nak menggembar gemburkan nama aku kan..cis..takpe2 at least aku agak glemer d blog hg..huhuhuhu...jgn ar mengata howie d aku tu dah tua..menten je kot lagi..hehehe


  2. Hafiz Says:

    pergh..sy dlu msa kecik2 ad gak minat band boy BSB ni..hahaha..
    kak, kita ada minat yang sama la kan..hehe..wujud lg rupanya BSB ni..;-)