::Cerita di Bulan Ramadhan- Kuliah Cuti Kuliah::

Hari ketiga selepas pulang ke maktab, kitorang free lagi. Meminjam kata-kata Ain, today is Saturday. Walaupun hari ni Khamis, tapi masing-masing dah rasa macam sabtu! Huhuhu… Mana tak nya, baru dua hari kuliah berjalan, tiba-tiba off day plak. Ekeke.. buat pengetahuan, bukan hari ni je Satuday. Silap-silap sampai hari Isnin depan pun Saturday gak. Haiya.. mau tepu otak lama sangat memerap kat bilik. Kuliah anatomi ngan biomechanics dah bermula. Aku seperti biasa, sering dicop sebagai kaki tidur di dalam kelas. Kantoi di situ. Hahaha! Teah..teah.. bila nak berubah ni. Nasib baik En Rosli memahami, tapi sempat juga telinga ni menangkap ayat-ayat pedas yang keluar dari mulutnya. Eheh! Kuliah 3 jam straight non-stop, mana tahan beb! Rakan-rakan seangkatan juga begitu, aku pandang kau..kau pandang aku. Tersirat maksud di situ. Hanya kami yang tahu. Ekekeke...

Sejam awal.. fokus!

Sejam lima minit..kantoi di situ!


Aktiviti maktab, tak tau plak apa yang tengah berjalan skang. Banyak sangat benda yang terlepas, biarlah. Di hujung-hujung pengajian ni, dah malas nak kisah sangat hal-hal camtu. Cuma yang menjadi sedikit kepelikan kepada diri ini, surau yang tak penah-penah ramai orang tiba-tiba bulan puasa ni penuh sampai ada yang terpaksa jemaah kat luar. Alhamdulillah...Hehehe.. kan bagus, kalau setiap hari macam ni. Tak perlu tunggu bulan puasa, baru nak pergi. Kalau bukan kita, sapa lagi yang nak imarahkan surau tu, ye dak? :)

Lah..rupa-rupanya, baru aku tau.. ada cerita di sebalik semua tu. Pihak-pihak berkaitan sebenarnya nak amik kedatangan, mungkin akan diambil tindakan sekiranya tidak hadir. Itu yang aku dengar-dengar, sejauh mana kesahihan tak dapat dipastikan. Owh...patutla ramai semacam. Huhuhu.. tapi kalau difikirkan secara logiknya, benda-benda macam ni tak perlulah dipaksa-paksa. Sebabnya, datang ke situ bukan atas niat yang ikhlas, tetapi datang disebabkan perlu datang sebab nak amik kehadiran. Hurmm.. fikir-fikirkanlah sendir-sendiri ya ;)

2 Responses
  1. ayisy Says:

    wuih! tidur di kelas...!


  2. MySangkora Says:

    hehehe..
    x sngaja lor.
    kdg2 2 bdk tegak,mata pejam..
    huhuhu
    x sdar pun!
    serius! :)