:: 'Berpesta Jiwa Seketika' - Dihukum Tanpa Sebarang Bicara ::


Kira-kira dua hari yang lalu, seorang hamba Allah yang bergelar kaum Adam telah menegur penulis di ruangan sembang Yahoo Messenger. Penulis menerima baik sapaan tersebut. Berikut merupakan butir-butir perbualan penulis dan hamba Allah tersebut:

mohd fakrulrodzi kassim kassim: Salam.
north_star86: waalaikumussalam.
mohd fakrulrodzi kassim kassim: cikgu meronggeng di mana?
north_star86: meronggeng dii lipis
north_star86: da balik pun
mohd fakrulrodzi kassim kassim: cikgu jln2 smbil ronggeng ye
mohd fakrulrodzi kassim kassim: lipis apee yg menarik
north_star86: hahaha
north_star86: biasa
north_star86: cikgu pun manusia biasa
north_star86: kn?
north_star86: lipis??
north_star86: hohoho
north_star86: byk sgt tmpt menarik
north_star86: kena mai tgk sendiri
north_star86: x dpt dibayangkan dgn kata2
mohd fakrulrodzi kassim kassim: jgn buat perangai tak senonoh dah ler...
north_star86: Insyaallah
mohd fakrulrodzi kassim kassim: cikgu kena jd tauladan kt budak2 tue
north_star86: rasanya mak ayah sy bekalkan ilmu yg cukup untk sy jg nama baik depa
north_star86: stakat ni, alhamdulillah
north_star86: sy mampu jg diri dgn baik.
mohd fakrulrodzi kassim kassim: lani...cikgu pun sama naik dgn perangai budak2 sekolah
north_star86: ye ke
north_star86: rasanya
north_star86: stakat ni
mohd fakrulrodzi kassim kassim: alhamdulillah kalu beringat...
north_star86: sy blom masok lg golongan2 gru yg berperangai spt budak sek
north_star86: insyallah
north_star86: akan dikekalkan sifat baik 2
mohd fakrulrodzi kassim kassim: nasihat
north_star86: terima kasih atas ingatan
mohd fakrulrodzi kassim kassim: baru2 baca tak metro
mohd fakrulrodzi kassim kassim: mmg la manusia mudah dan ada buat silap...
mohd fakrulrodzi kassim kassim: kalu ada selalu amalan mnasihati ini...kita jd beringat
mohd fakrulrodzi kassim kassim: kan?
north_star86: ya
north_star86: terima kasih atas ingatan tulus ni
mohd fakrulrodzi kassim kassim: so, balik sp ke?
mohd fakrulrodzi kassim kassim: cikgu...
mohd fakrulrodzi kassim kassim: bahasa kat display dlm ym tue, moga2 diperbaiki...
mohd fakrulrodzi kassim kassim: sebab bahasa tue mencerminkan peribadi seseorang tue
mohd fakrulrodzi kassim kassim: takut org salah anggap...
mohd fakrulrodzi kassim kassim: biar bahasa elok...jgn la tulis pi ronggeng la...berpesta la..mintak jgn tulis mcm tue...
mohd fakrulrodzi kassim kassim: maaf ye...kalu tak suka teguran atau nasihat takpe la
mohd fakrulrodzi kassim kassim: hal masing2 kan
mohd fakrulrodzi kassim kassim: moga2 amalan di berkati
north_star86: terima kasih atas teguran ini. saya terima dengan hati terbuka. ya, mungkin penggunaan bahasa saya salah. mungkin betul menurut pendapat peribadi encik fakrul, bahasa mencerminkan peribadi seseorang. tapi inilah saya. saya tidak mampu berpura-pura menjadi seorang yang sempurna seperti yang diminta oleh semua orang. pada saya, matlamat menghalalkan cara. yang penting, niat. terima kasih sekali lagi atas teguran itu.

Butir-butir perbualan ini bukan sengaja diletakkan di sini untuk tujuan publisiti, tetapi untuk renungan bersama. Wajarkah penulis dilabel sebagai guru yang berperangai seperti budak sekolah hanya kerana penggunaan bahasa penulis yang caca merba? Atau hanya mungkin penulis yang terlalu beremosi ketika meluahkan bicara balas terhadapnya? Semuanya berkemungkinan. Ya, memang diakui penggunaan bahasa penulis adalah sangat lemah. Dan saat ini, penulis masih lagi berusaha dengan sedaya upaya membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut sebelum benar-benar bergelar seorang pendidik.

Geli usus perut aku! Skema semacam ayat-ayat kat atas tu. Tolong la, itu bukan cara aku. Memang diakui, itulah penggunaan bahasa yang seharusnya diguna pakai dalam sesuatu penulisan. Tapi sesungguhnya, mohon ampun dan maaf bebanyak, itu bukan aku. Setiap manusia ada cara tersendiri.

Apa yang memusykilkan aku hingga ke saat ini ialah, perlukah aku dinilai sehingga sebegitu rupa? Kalo dia ada kena mengena ngan aku tape la jugak. Ni tak, aku tak penah kenal siapa dia sebelum ni, then nak wat conclusion macam tu pasal aku. Gua memang betul2 panas time tu beb!

Buku jangan dinilai dari kulit, sebaliknya perlu dinilai melalui isi dalamnya. Kalo harapkan kulit je cantik, tapi isi dalam cam hampeh, tak de makna jugak kan. Mesej tak sampai dan takde pengajaran kat seisi pembaca, lagi la hampeh.

Berpesta jiwa.. ya, apa yang aku maksudkan pada saat itu ialah aku sedang sedaya upaya mengubat jiwa supaya berseronok dengan kehidupan yang dilalui. Bukan bermaksud diri ini sedang berpesta, terkinja-kinja di luar sana. Mungkin jugak penggunaan metafora yang berlebih-lebih buat frasa tu jadi disalah anggap.

Apapun, aku terima teguran tu dengan hati terbuka. Cuma yang aku tak dapat terima, dia judge aku melalui bahasa yang aku pakai. Kan tak adil namanya tu??
1 Response
  1. Penulis Says:

    ap mksud meronggeng tu kak? hehe..adik bradik mmbongkang? ;-)