::Aku Sayang Kamu, Sungguh! ::



:: Setiap Saat Kami::

Fuh..! Habuk, sawang..semuanya ada. Agak lama juga tak menjengah blog ni. Hari-hari yang dinanti semakin tiba. Ya, tarikh keramat 1 Disember 2009 makin hampir. Perasaan gementar, takut, kurangnya keyakinan terhadap diri sendiri..semuanya bercampur manjadi satu. Ah..biarkan dahulu. The most important now is, perkara yang penting perlu didahulukan..



Ketika entry ini di post, aku sedang berada di Shah Alam. Sambutan majlis konvokesyen+seminar KEDAP dan majlis-majlis lain sedang berlangsung kata maktab. Aku? Tercampak jauh ke sini, di bumi Shah Alam tanpa sebarang perancangan. Benarlah, kita hanya mampu merancang. Dengarnya, mafia-mafia dari HEP merempuh masuk bilik-bilik di asrama putera dan puteri ekoran ketidakhadiran ramai guru pelatih ke Dewan Darul Makmur. Wahai pesalah-pesalah sekalian, sabar je la eh. Dugaan untuk korang la tu sebagai pelajar Afzan. Best jugak bila dengar, kenangan terhebat tu. Bila lagi nak buat salah, selalu jadi budak baik je kan. Aku bernasib baik, sebab sempat cabut awal hehehe.. nasib je tu.



Well, sejak kebelakangan ni agak sibuk..sibuk dengan kerja-kerja tertangguh yang sengaja dilengah-lengahkan. See, padan muka aku! Hahahaha.. tapi xpe, akhirnya segalanya menjadi sempurna. Projek anatomi kami, masing-masing berjaya siapkan dengan jayanya. If korang pi jabatan PJ, jengah-jengah la kat bilik tarian kat atas tu. Hanya itu yang mampu ditinggalkan buat Afzan, ya..hanya itu yang termampu kami lakukan.




Sebahagian hasil kerja kami..


Entry kali ni dicoretkan dengan penuh emosi: suka, duka, bahagia, gembira, sedih.. semuanya bercampur, terlalu banya kenangan yang tersimpan di dalam memori. Dan segalanya pasti dikenang sebagai kenangan terindah sepanjang bergelar pelajar di bumi Afzan ini. Biar ku singkap sedikit kenangan pertama kali menjejakkan kaki di sini. Kurasakan, kamilah insan-insan malang yang terpaksa menetap di sini. Aduyai, malang sungguh nasib kami. Satu-satunya unit tunggal yang ada, ditemani empat unit KPLI, 3 unit dari pengajian Tamil.. dorang je la peneman kitorang masa tu. Inilah persepsi bodoh aku ketika 2. Even berlainan bangsa, kitorang memang kamceng, and dorang pun tak sampai hati nak buli kitorang cam juniors lain ekekeke.. itulah kelebihan kami waktu tu..And yang paling seronok sekali, kami satu-satunya unit yang terdiri daripada perempuan kesemuanya.


Ada satu ketika, kami tak diarahkan untuk kosongkan bilik. Jika dilihat kembali kami satu-satunya unit yang paling bertuah. Macam-macam keistimewaan yang kami dapat time 2, mungkin disebabkan jumlah pelajar yang tak berapa nak ramai ketika tu. Antaranya, kitorang ada 2 kelas, satu kat pentadbiran and satu lagi kat Jabatan PJ. cuba bagitau kat aku, unit mana yang ada sampai 2 kelas kat Afzan ni?? Takde kan..ahahaha.. Yang kedua, setiap kali ade majlis kat maktab lepas tu mesti ada makan-makan free. Korang-korang yg juniors ni, sempat ke merasa semua tu? Takde jugak kan hehehe.. Yang ketiga, satu-satunya unit yang tinggal kat blok asrama yang sama, bilik sederet..sempat tukar blok 2 kali je. Sekitar 2006, kitorang 20 orang je yang tinggal kat blok Seroja tu. Bayangkan ujung minggu, berapa kerat je tinggal and warden pun takde selalu time weekend. Memang jadi anak kesayangan Cik Sazila n Encik Fauzi Ngah la hahaha.. yang keempat, kitorang je satu-satunya unit yang penah guna bus time SBE. Yang lain, penah merasa ke?? Takde jugak kan hahaha...


Yang tersenarai kat atas tu hanya sebahagian daripadanya je. Yang lebih-lebih tu, x payah la kot diceritakan di sini. Sesungguhnya, pelbagai pengalaman telah diambil dan dicatatkan di bumi Afzan ni. Yang pastinya, segala yang manis akan dibawa keluar sebagai kenangan terindah dalam hidup. Bagi yang pahit dan kelat pula, aku tinggalkan di sini sebagai tatapan dan jadikan pengajaran di kehidupan akan datang.. Malu untuk diakui, tapi kini aku sedar.. ya, sesungguhnya kamu sentiasa di hati. Aku sayang kamu Afzan, sungguh!


1 Response
  1. Penulis Says:

    yelakan batch kak antara batch yg trawal...he..super2 senior afzan..
    nnti msti rindu kan..kak2 oum suma dh nk abih sem dh di afzan..hu. bila nk mkn ramai2 grup bam-bam cat? hehe... ;-)