:: Padah Perjalanan Tanpa Perancangan ::

Pagi yang sunyi, sangat tenang sekali. Benda ni yang paling aku suka bila berada di Lipis. Ditemani bunyi unggas, asyik sangat. Bunyi-bunyi tu je dah cukup buat teman aku ketika ni. Tak perlu dengar lagu-lagu jiwang, tangkap leleh, rock kapak atau sebagainya. Yang paling aku suka, bunyi-bunyi macam ni betul-betul buat aku asyik melayan perasaan yang tengah berkecamuk plus sakit saat ni. Ye la, mana tak sakitnya, perut dari malam tadi benyanyi-nyanyi riang mintak diisi, tapi aku wat derk je. Ahahaha..

Lupakan soal tu, kembali semula kepada topik asal aku. Hurmm ok. Aku nak cerita sket pasal perjalanan aku tempoh hari. Akibat takde perancangan, maka tercampak la aku kat Shah Alam selama 3 hari, then bersambung pula kat Kuantan selama 3 hari jugak. Ni baru cerita pasal perjalanan pergi, belum lagi perjalanan balik. Nak dijadikan cerita pulak, tiket dari Kuantan dari Lipis sold out dari Ahad sampai Selasa. Aku dah menggelabah abes masa tu. Alamak macamana ni? Hohoho.. takkan nak ponteng lagi? Haiya.. masa tu memang tak bleh nak fikir lagi. Aku try lak usyar tiket ke Jerantut, abes juga. Adoyai! Memang dah putus asa gila time tu. Tanpa fikir panjang, aku trus beli tiket ke KL. Then patah balik ke Lipis.

Ya Allah.. tak ke bengong namanye tu? Huhuhu.. ya, itulah kenyataannya. Benda tu la yang aku buat semalam. Perjalanan Kuantan-Lipis yang sepatutnya hanya selama lebih kurang 4 jam, menjadi 6-7 jam akibat kebodohan aku. Huhuhu..

Moral of the story is:
Next time, nak buat apa sekali pun, mesti fikir and plan dulu. Nak-nak lagi, bagi kita-kita yang tak berkenderaan ni. Harap-harapnya kejadian kali ni jadi pengajaran buat diri aku. Korang pun amik pengajaran jugak ye. Kalau tak, korang pun dua kali lima cam aku jugak la hikhikhik.. lagi satu, sebenarnya if aku ikut angah lik semula ke Shah Alam, juga tak jadi masalah. Minggu ni study week. Balik lewat sikit, apa salahnya. Tapi sebab sifat menggelabah dan akal singkat aku, maka terdamparlah keseorangan di asrama puteri ni. Nak gelak? Gelak ka puas-puas ok. Cuma sekali lagi diingatkan, tolong jangan ulangi kesilapan ku ini…
1 Response
  1. Hafiz Says:

    think b4 act..he.. ;-)
    skng ni msti dh ramai yg dh blik dh kan..