:: Sembang Tepi Jalan-telah dibukukan! ::



Alhamdulillah, Sembang Tepi Jalan (STJ) telah selamat dilancarkkan. Mende la STJ ni ek?? Mesti tertanya-tanya kan. STJ ni sebenarnya sebuah buku yang mana karya-karya dalam tu sebelum dibukukan, penulisnya selalu post kat website Tokeikedai.net. Kiranya beliau salah sorang kolumnis la kat situ. Laman ni aku mula usyar masa aku Form 4 dulu (almost 6-7 years ago) and memang tak pernah miss baca coretan bro Meor ni. Penggunaan bahasa dalam tu ringkas, padat dan sangat bermakna.
Menurut bro Meor, STJ merupakan cerita-cerita dalam bentuk luahan hati yang ditulis tanpa pernah dirancang atau disusun. Asas konsep penulisannya adalah luahan hati yang ditulis adalah santai, tetapi membawa persoalan serius. Idea-idea kebanyakannya daripada apa yang beliau lalui dan menurut beliau lagi, perkara-perkara tu berlaku secara sedar atau imaginasi yang membentuk persepsi. kebanyakan penulisan beliau menjurus kepada kehidupan marhaen, cerita orang-orang biasa yang biasanya tidak banyak kepentingan dalam hidup.
Seriously, bila baca apa yang beliau tulis, aku kadangkala jadi kagum. Betul la, pengalaman masa lalu yang jadikan siapa kita pada hari ini. Pengalaman, tak semestinya yang indah-belaka. Pengalaman pahit tu sebenarnya yang buat kita lebih berhati-hati pada masa depan. Sekali kita dah jatuh, tak selamanya kita akan jatuh. Peluang tu sentiasa ada kat mana-mana, yang pasti diri perlu positif dan betulkan semula kesilapan tu. Life must go on, beb!
Kita boleh menipu sesama kita, tapi kita tak kan boleh tipu diri kita sendiri..apatah lagi Tuhan..
-bro Meor-
Uh..malas nak cerita panjang-panjang. Nak tau lebih-lebih, kena la dapatkan buku ni. Setakat ni, jangan cari lagi kat MPH sebab memang tade lagi kat situ. Kalo nak, beli secara onlie ok.. hihihi
0 Responses