::Cerita di Bulan Ramadhan- Jasad Di Sini, Tapi Hati...::


Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
.........
Oooh...balik kampung...
Oooh...balik kampung...
Oooh...balik kampung...
Hati riang
...........



Apa yang korang bayangkan bila terdengar lagu ni? Haa, that`s it! Sudah semestinya pulang ke kampung halaman bertujuan nak sambut raya kan. Hehehe.. aku sebenarnya dah tak sabar-sabar nak pulang ke kampung ni. Yang korang nampak tu jasad aku je, hati dah selamat pun berada di kampung halaman. Ececeh.. padahal awal puasa hari tu, sempat je seminggu berpuasa kat rumah. Homesick ke? Nope! Sudah semestinya tidak.

Actually, Lagu kat atas ni merupakan antara salah sebuah lagu yang tak lapuk ditelan zaman. Sejak lagu ni dimainkan, until now masih lagi menjadi lagu pojaan ramai. Macam tu jugak dengan lagu-lagu raya evergreen yang lain. Compared to lagu-lagu raya yang dinyanyikan artis-artis baru sekarang, lagu-lagu lama ni seringkali menjadi pilihan santapan dan halwa telinga. Masyuk! Memang masyuk! Lirik pun memang cam best, arrangement music dia pun kena ngan suasana sebelum dan semasa hari raya tu. Ditambah pulak dengan suara-suara artis lama yang menggetarkan jiwa, perghhh! Memang sedap sangat didengar. Nak-nak lagi, tiba-tiba plak korang tak dapat tiket nak balik kampung. Mau meleleh air mata dengar lagu-lagu camni time tu! Ahaks!
Lagu-lagu raya..masyuk!

Antara banyak-banyak lagu raya yang ada, lagu favourite aku sudah semestinya lagu yang didendangkan oleh Mamat, Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Kalau sepuluh kali berturut-turut dengar sekalipun, aku takkan bosan. Pada aku, lagu ni memang ada nilai sentimental yang tersendiri and kena ngan jiwa. Apa yang penting pada setiap pagi raya, dah semestinya mintak restu, mohon ampun dan maaf daripada mak dan ayah kita. Jangan pulak nak cakap korang tak de buat salah dengan dorang eh! Hihihi... Sementara diorang masih ada, time ni la kita perlu buat semua tu. Jangan nak keraskan sangat hati tu, apa pun tanpa dorang siapa la kita kat dunia ni. And yang pasti tak mungkin kita boleh berada pada tahap selesa seperti sekarang. Tapi yang pasti, ni semua pendapat peribadi aku. Lain manusia, lain ragam kan, lain juga pandangan.

Tapi sebagai manusia biasa, dalam hidup kita memang takkan terlepas daripada melakukan khilaf. Aku juga begitu. Sesama lah kita memohon maaf dan memaafkan sesama kita. Tak gitu?



::MySangkora:: Baru plan ngan geng-geng Syed Jan utk tour raya kali ni. Hopefully, tak da halangan lagi kali ni. Tunggu, aku kasi gegar rumah korang raya ni. Ahaks!!
2 Responses
  1. Unknown Says:
    This comment has been removed by the author.

  2. Unknown Says:

    wey..plan tak menjadi laa plak..ada je halangan yg melanda..sad =(