Maaf? Boleh. Lupakan? Mustahil!!



“Kau ingat senang-senang aku lupa apa yang dia dah buat kat aku dulu? Kau cakap senang, sebab kau tak rasa. Aku yang tanggung semua.aku dah lama maafkan dia. Tapi nak lupakan, sorry! Parut tu masih ada dan akan tetap kekal sampai bila-bila!”

Kata-kata macam ni selalu sangat aku dengar dari mulut seorang teman. Memaafkan boleh, tapi nak melupakan, sesuatu yang mustahil. Pernah jugak terdetik kat hati ni, dah hilang akal ke apa minah ni, apa yang dia fikir sampai boleh keluarkan kata-kata macam tu? Biar betul…

Yup! Betul la tu. Sebabnya, penerimaan setiap orang berbeza, dan tak mustahil pandangan aku jugak sama kiranya aku ada kat tempat dia. Sangat sukarkah nak lupakan sesuatu perkara?

Cuba lihat beberapa situasi ni: bila ada orang ketawakan kita, marah tak tentu pasal, dah tu siap peril-perli lagi, tambah sket pulak dengan renah-rendahkan kebolehan kita, pastu siap boleh pandang sebelah mata lak pada kata-kata kita, konon-konon malas nak amik port sebab kita tak penting pun kat dia. “Aiseyman! What the hell….?? Apsal mamat sekor ni nampak kecik je ek kat depan mata ni? Silap-silap ada yang dapat penumbuk sulung jap lagi!” confirm! Siap boleh bag cop sirim sekali. Sah, dalam kepala otak tu mesti ada jugak terlintas benda-benda camni kan.

Bengang, sakit hati, geram, marah, rasa terpukul…. Memang diakui, bukan senang bagi kita nak lupakan semua tu. Senang cakap, mustahil! Tapi pernah tak kita terfikir, sebenarnya boleh je lupakan benda-benda kat atas ni sekiranya kita sanggup buat dua langkah seperti yang dicadangkan kat bawah ni. Jom kita tengok apa dua langkah yang aku sebutkan tu.

Maafkan je
Semudah ni nak mintak aku maafkan dia? No way bro!
Alahai makcik, tak mintak banyak pun. Maafkan jela eh. Biasakan diri jadi seorang pemaaf, cepat memaafkan, senang bagi kemaafan and senang terima maaf dari orang lain. Maafkan je orang yang sakitkan hati kita tu, tak kira la bila-bila masa pun. Kalo buat camtu, nescaya tidur malam kita takkan diganggu dengan mimpi ngeri yang ada watak dia. Kita mesti taknak dia muncul dalam mimpi kita kan. Kang tiba-tiba mucul, spoil je mimpi-mimpi terindah malam tu.Hehehe.. so, cara terbaik, maafkan jela mamat tu eh.

Bila kita maafkan orang, bukan setakat dapat mimpi indah je. Aku penah terbaca, sikap memaafkan ni salah satu ciri-ciri orang cemerlang tau. Sikap memendam pulak jadikan kita manusia yang takkan penah terlepas dari masalah, nak-nak lagi masalah berkaitan fulus! So, cara terbaik ialah, berubah dan binalah peribadi baru.

Lupakan!
Tidak sama sekali! Aku dah maafkan dia dah la!
Yup! Ni terapi terbaik. Aku antara manusia yang selalu “gagal” bila nak laksanakan langkah kedua ni. Huhuhu… sokmo sangkut! Someone told me, PAST IS PAST. Just let it go. Itu yang terbaik. Betul. Sangat setuju tu. Jangan ada tapi-tapi lagi. Biar je benda/ perkara tu berlalu pergi. Jangat ingat walaupun sekali. Jangan fikir, jangan ingat, jangan cakap langsung! Never ever try to touch that thing again. Boleh kan?

Never look back! Let the gone be by gone. Itu yang terbaik buat kita. Bina hidup baru dan berubahlah. Cari peluang baru sebab orang cemerlang sentiasa cari peluang-peluang baru. And also, kena selalu train diri memaafkan orang lain dan melupakan setiap masa selagi kita diberi peluang bernafas di bumi Allah Taala ni. Jangan lupa praktik dua langkah mudah ni. If dibuat berterusan, Insyaallah. Kesannya sangat memberangsangkan, jiwa bakal sentiasa tenang, hati jugak selalu riang and bebas dari tekanan.

Amacam… berani tak nak cuba? Aku cabar korang semua! Let`s try it! :)

::MySangKora::
Teori buatan sendiri ni tak semestinya betul. Sekadar berkongsi tips berdasarkan pengalaman yang telah diri ini tempuhi. Sangat perit pada awalnya, tetapi beroleh kebahagiaan pada akhirnya. Ya, ini yang terbaik bagi diri ini.

Seorang teman telah berikan tips untuk melupakan seseorang yang pernah buat kita bahagia, and for me, it’s really helpful. Maybe u also can try this: Doakan dirinya selalu setiap kali kita teringat or selepas solat. Mohon hati kita terus disinari nur kasih-Nya, ditetapkan pada pilihan atau jalan yang kita pilih kini. Moga dia beroleh bahagia dan hati kita pula redha walau tak bersama dia..kerana setiap kejadian, pasti ada hikmah-Nya, Insyallah.

Mr Id: Ketahuilah teman, diri ini sentiasa bahagia apabila melihat kamu bahagia.
3 Responses
  1. Penulis Says:

    wah. rindu la. akhirnya ada gak update. bagus! (>.<)
    jadikan membaca budaya kita. -peace-


  2. Admin Says:

    huhuhu..
    hmmm mmg kn, susa nk lupe..
    lg2 smthing yg mmberi ksan dlam hdup kte..

    tp ustzah kte prnah gtw,
    slagi kte xley lupekan 2 mknany kte lom spnuhnya mmaafkan..

    huhuhu, kte pown kliru.......^^


  3. hehehe..
    hafiz: aisey..segan ah cani.. hehehe

    ayu: hurmm..tahla.
    sometimes tak sume benda kita bole lupa trus camtu..
    tapi bila muhasabah diri, then pk positif..
    itu yg terbaik wt diri ni :)