Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
.....
Mari kita seluruh warga negara
ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Hari ini bersamaan 31 Ogos 2009, genaplah negara kita, Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52. Lirik lagu di atas seringkali diingati dan dinyanyikan setiap kali tibanya hari kemerdekaan. Lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad ni sangat berbekas di hati kita.
Apakah yang dimaksudkan dengan kemerdekaan? Dan merdekakah kita? Soalan-soalan berbentuk klise seperi ni seringkali diajukan saban tahun. Sejauhmana pulak kita sebagai rakyat Malaysia menghayati kemerdekaan? Tepuk dada tanyalah selera korang... Apa sumbangan kita, generasi muda sekarang terhadap Malaysia? Aku tak nak ulas lanjut, masing-masing ada pendapat sendiri.
Apapun, sama-samalah kita menghayati erti kemerdekaan ini. Selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan yang ke 52! Peace, no war! :)
Ni logo Hari Kemerdekaan ke 52 negara kita.
::Lirik Lagu 1 Malaysia::
Satu MalaysiaBerdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua
::Mysangkora:: Tema tahun ni 1Malaysia, Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan... Eh, tapi kenapa ye? Ehmm..Aku tak nak cakap apa-apa, fikir-fikirkanlah..huhuhu! Peace!