::Picnic+Praktikum=Picnikum?? Part 1::

Sedar tak sedar, praktikum fasa 3 yang sedang dilalui bakal berlalu sedikit masa je lagi. Cepatnya masa berlalu! Rasanya baru semalam aku lapor diri, esoknya baru dapat jadual..Fuh! Masa berlari dengan pantas. Kita je yang terleka..

Praktikum kali ini benar-benar memberikan cabaran yang paling hebat sepanjang aku bergelar guru pelatih. Mana taknya, markah untuk praktikum kali ni pun besar, 50%. Adoyai! Kalau sebelum ni rancangan mengajar aku biasa-biasa jetapi kali ni aku terpaksa bekerja keras dan berhempas pulas memikirkan idea-idea p&p baru. Al maklumla, pensyarah pembimbing pun pensyarah yang sama masa praktikum fasa 2 dulu. Kalau ikutkan pengalaman lepas, aku akan tiru balilk je Rancangan Mengajar yang lama..heheh! Ada jugak manusia macam ni, bila la nak maju ek.. Aktiviti ko-kurikulum sebelah petang pun aku kena attend jugak. Walaupun sedikit penat, aku and partner sangat enjoy involved dalam aktiviti-aktiviti ni.

Ha, sebelum terlupa.. praktikum kali ni aku buat di SK Sega, Raub, Pahang. Kalau diikutkan, jarak dari IPG ke sekolah hanya memakan masa selama 30 minit. Disebabkan kami berkongsi kenderaan, kami pun amik keputusan sewa rumah kat luar. Ini pengalaman kedua aku menyewa bersama sahabat-sahabat ketika latihan mengajar. IPG bukan senang nak lepaskan kami menetap kat luar, nak-nak lagi unit kami semuanya perempuan.. heheh!




Ni masa cuci rumah..apa yang penting? Kerjasama..!!


Tadaa...!! kalo nak pi raub, atas sket dari simpang Benta, toleh kanan. ni la SK Sega.


Seronok sangat bila ingat balik semula memori aku pengalaman ketika mencari rumah untuk disewa. Al maklumla, 'Bandaraya' Kuala Lipis ni bukan senang nak dapat rumah sewa. Nak plak time tu kenderaan belum kunjung tiba. Ngan muka seposennya, terpaksa la sewa kereta Ustaz Syahman. Nasib baik dia ok.Terima kasih ya Uztaz! Kancil awak tu banyak membantu akak-akak senior ni..Cari punya cari, tak lama pastu kitorang berenam terus tertancap pandangan ke arah banglo kuning kat kampung ni. Risik punya risik, nah! Memang rezeki kami.. rumah tu kosong..






Oppss..!! Min sempat posing lak tang nie..

Ni la banglo mewah kami.. heheh! Amacam, orait tak? Ok la tu kan, lagipun 6 minggu je kami di sini..jap2, tengok semula batu-batuan yang berdiri tegak kat tepi rumah, ala gambar yang atas sekali.. pernah tengok tak batuan itu di mana-mana? Ha.. pandai pun.

To be Continued..tunggu episod seterusnya!
:: Picnikum= Meminjam istilah yang digunakan oleh Kak long Kak Cuken terhadap kami =) hehehe
0 Responses