Learn how to appreciate? Hurm.. yup, kali ini aku nak memperkatakan sesuatu berkaitan dengan menghargai apa yang kita miliki. Dalam hidup, boleh dikatakan setiap hari ada je benda@perkara yang kita tak hargai. Apa sahaja yang kita lakukan semua nampak tak kena pada pandangan mata. Hurmmm.. sedar tak kita, apa yang kita buat tu sebenarnya menunjukkan yang kita ni sebenarnya tak bersyukur dengan apa yang dah kita ada?
Aku sendiri tak terkecuali. Contoh paling senang, aku sentiasa mengimpikan sebuah laptop yang canggih raban, walhal kat bilik da ada sebijik PC beserta 2 bijik printer! Printer tu tiba-tiba boleh jadi dua bijik sebab misunderstanding. Huhuhu.. tengok, ni la contoh paling mudah yang boleh aku beri. Kalau diikutkan, PC tu masih boleh berfungsi dengan baik, masih boleh lagi memberi khidmat terbaik walaupun usianya hampir menjangkau lima tahun! Tapi itulah aku, jarang sangat bersyukur dengan apa yang aku ada. Macamana pulak, if suddenly PC tu ‘pergi’ meninggalkan aku tanpa pesan, dan tentunya pada waktu tu aku akan terkapai-kapai..
Kita seringkali terlupa, apa yang ada di depan mata itulah yang terbaik. Semasa boleh tertawa bersama seringkali kita bermasam muka, setelah jauh dia pergi ingin sekali berkongsi cerita. See, kita memang macam tu. Jarang menghargai apa yang kita miliki tetapi seringkali terbuai dengan apa yang orang lain miliki.
Tak dinafikan, kita juga selalu menyesali dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. Apabila bersama dia, kita selalu rasa terbeban, tetapi bila dia tiada beban yang ada dirasakan terlalu berat yang amat. Kesempatan untuk bersama terlalu singkat. Kesempatan itu sepatutnya dinikmati dan dipelihara dengan sebaiknya. Tidak perlu bersusah payah untuk memberhentikannya, sebabnya bila tiba masa, dia akan pergi dengan sendirinya tinggalkan kita. Kita memang selalu macam tu. Di seberang jambatan segalanya nampak indah, sedangkan di sebelah sini tiada yang kurang. Dah sampai sana, baru kita sedar yang sebenarnya apa yang kita nampak di seberang sana hanya indah pada pandangan, tetapi tida semeriah dan sebahagia dengan tempat kita. Yang terang sudah semestinya bercahaya, tapi yang bercahaya tak semestinya memberi kebahagiaan.
Seharusnya, begini yang kita harus katakan:
“Tiada yang lebih indah melainkan bersaudara dengan awak, tiada yang lebih sakit selain berpisah dengan awak, tiada yang lebih manis selain kenangan bersama awak, perkara terbaik yang pernah terjadi dalam memori hidup saya ialah kebaikan dan pengorbanan yang telah awak lakukan kepada saya”.
Sebelum terlambat, jom kita sedarkan diri kita.. tiada yang lebih indah selain menghargai apa yang kita miliki. Setiap daripada kita hanya mempunyai masa yang sikit untuk untuk menghargai makna kehidupan yang sebenar. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan!

trus kan entry blog seterusnya! blh thn posr teah! kata otak da blur nak wat ayt..ni hebat je!
huhu..
masih mencuba..
da lama tak buat karangan, bahasa dah tunggang langgang..
huhuhu.
tq kerana menyokong!