:: Aku dan Mereka::




Kami yang sengal dan gonjeng!


Time watikah aritu. Tapi ni tak cukup korum..NYD tiada dalam gambar ni.

Apa yang ko tunjuk min? Semua orang boleh tengok plak.. Ekekeke..


Cuba teka, sape gerangan yang "tertonggek tu.. Ekekeke..

Sedar tak sedar, dah lima tahun lebih aku bergelar guru pelatih. lima tahun beb..bukan satu tempoh yang singkat. Kalau ada budak baru lahir time tu, skang ni dah boleh berjalan, berlari dengan pantas,dah boleh main kejar-kejar pun..dan yang pasti, mak dia dan anta masuk tadika. Hehehehe.

Lima tahun, macam-macam perkara dah terjadi dalam hidup aku.. Dulu gemuk, kurus sikit, and then membesar bagaikan juara semula. Ekekeke.. Cinta, datang dan pergi silih berganti. CINTA, macam-macam benda aku belajar melalui perkataan nan satu ni. Kegembiraan, kebahagiaan, kekecewaan, kejujuran, kecurangan..itu semua asam garam dalam bercinta. Dan, benda-benda ni semua membuatkan aku menjadi semakin dewasa dan matang. Yeah.. I'm more mature than before!

Ehem..apa sebenarnya yang aku nak sampaikan? Actually, aku nak sentuh pasal kisah aku dan mereka? Aiyoo..siapa 'mereka' tu? Adakah sebahagian dari kisah cinta yang tak kesampaian tu? Kakakaka..tidak sama sekali. Cerita yang aku nak sampaikan adalah kisah kami, PISMK-OUM PJK..


First year degree di Afzan. Muka suci je,masing2 muda remaja lagi time nie..Ekekeke

Kisah kami bermula sejak di Melaka lagi. Nak tau kenapa kelas aku semua perempuan? Hello!Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (sekarang dikenali dengan nama IPGM Kampus Perempuan Melayu) tu guru pelatihnya semua adalah wanita-wanita belaka. Sebab tu la unit aku nie semuanya terdiri daripada perempuan-perempuan Melayu dan beragama Islam. Waktu tu, kelas aku seramai 29 orang. Tah macam mana, kitorang tercampak satu unit di lembah asing yang dikenali dengan nama IP Tengku Ampuan Afzan (time tu Institut Perguruan lagi) Aiseyman..macamana kami boleh dibuang ke daerah asing nie?? Masa tu semua terkejut, sebab konon-kononnya, kalau tukar maktab pun dalam zon je.Tak pernah terlintas langsung Tup2.. bila sampai kat Afzan, tinggal 21 orang je. Tapi skang ni, yang tinggal 20 orang je. Seorang rakan kami, Kak Mas tak dapat further study sama-sama ngan kitorang atas sebab-sebab tertentu. Kesian kat dia!

Aku dan mereka... banyak sangat benda yang dah kami lalui sama-sama. Asam garam hidup, bergaduh, bertumbuk, aku ngata kau..kau ngata aku, semua tu dah masing-masing dah pernah rasa. Setakat ni, bertumbuk dan bergusti je belum penah kitorang rasa.. Ekekeke..

Aku dan mereka.. masing-masing dah dewasa skang. Kami bukan lagi budak belasan tahun, tapi dah layak jadi mak-mak orang pun. Masing-masing dah masak ngan benda-benda ni.. benda-benda ni yang buat kitorang makin erat. Masing-masing ada ragam tersendiri... biasa la, perempuan kan. Kadang-kadang bila buat something mesti nak banyak cakap dulu. Tapi pastu, kerja kitorang hasilnya..menang tip top! Kelas gitu! Hehehe..

Hurmm terlalu banyak yang nak diceritakan perkara-perkara yang dah berlaku sepanjang lima tahun ni. Suka duka, pahit manis, caci maki dari orang luar.. semua dah penah rasa. Tapi tak da hal la, apa kitorang peduli! Hehehe..yang penting, kitorang tau apa yang kitorang buat..

Now, tinggal lebih kurang 3-4 bulan lagi je kitorang akan bersama. Then, masing-masing akan bawak haluan sendiri..

Uhhh...aku akan merindui kamu semua..dan juga Afzan!!
::Gambar: Ihsan Kak Cuken dan kawan-kawan::
0 Responses