Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
.....
Mari kita seluruh warga negara
ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!


Hari ini bersamaan 31 Ogos 2009, genaplah negara kita, Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52. Lirik lagu di atas seringkali diingati dan dinyanyikan setiap kali tibanya hari kemerdekaan. Lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad ni sangat berbekas di hati kita.


Apakah yang dimaksudkan dengan kemerdekaan? Dan merdekakah kita? Soalan-soalan berbentuk klise seperi ni seringkali diajukan saban tahun. Sejauhmana pulak kita sebagai rakyat Malaysia menghayati kemerdekaan? Tepuk dada tanyalah selera korang... Apa sumbangan kita, generasi muda sekarang terhadap Malaysia? Aku tak nak ulas lanjut, masing-masing ada pendapat sendiri.


Apapun, sama-samalah kita menghayati erti kemerdekaan ini. Selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan yang ke 52! Peace, no war! :)

Ni logo Hari Kemerdekaan ke 52 negara kita.


::Lirik Lagu 1 Malaysia::

Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua



::Mysangkora:: Tema tahun ni 1Malaysia, Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan... Eh, tapi kenapa ye? Ehmm..Aku tak nak cakap apa-apa, fikir-fikirkanlah..huhuhu! Peace!

:: Novella Mania~Aku Kembali::

Tiga hari lepas, adik ajak bapak pi kedai buku. Aku pun mengekor jugak.. Nak tolong mak masak, awal lagi time tu. Dah agak lama rasanya tak melepak kat kedai buku. Tempat yang selalu kami lepak, sudah semestinya Hasani Books Store. Aisey..dengar cam lekeh je kedai buku ni. Mesti tertanya-tanya kan, apsal tak lepak je kat MPH or Popular. Ekekeke..jawapannya cuma satu, kedai buku ni yang paling dekat ngan rumah aku. Lima minit je perjalanan. Bandar Sungai Petani yang semakin sibuk hari demi hari, tak memungkinkan kitorang pergi ke bandar sana. Bandar Sungai Petani sekarang dah tak macam dulu beb! Makin hari, makin banyak kawasan-kawasan baru yang dibuka. Nak pergi bandar pun, terpaksa fikir dua kali. Huhuhu! Memang tak sanggup..

Bandar Sungai Petani..semakin maju dari hari ke hari..


Ha,,jangan tak percaya, Hasani Books Store ni mempunyai beberapa cawangan di negeri-negeri utara tanah air. Bunyi macam tak de kelas je kan.. Hehehe!

Sambil melepak kat book store, aku usya-usya jugak buku-buku yang nak dijadikan koleksi baru. Belek punya belek, last-last aku amik Rahsia Rindu Bau Pohon Tin, Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi.. memang masyuk! Adik pulak tangkap novel Cinta Kau dan Aku. Angah pulak melilih novel Sungguh Aku Cinta untuk penuhkan rak novel dia yang semakin hari semakin menimbun tu..adoyai!! Time nak bayar, menggigil jugak tangan nak keluarkan duit.. Tapi takpelah, semua ni ilmu beb! Hehehe.. buat muka toya je la time tu..


Cuti seminggu ni aku sibuk online sambil baca semua buku-buku ni. Sungguh Aku Cinta.. macam tak berapa kick sangat. Novel Anis Ayuni yang terdahulu semuanya dah ada dalam koleksi, tapi bukan aku yang keluarkan modal. Dah tentu dengan belas ihsan Angah and Along. Ekekeke..

Pasni jangan pelik kalau tiba-tiba enty aku bernada romantis dan melankolik..Kakaka! Dah kompem novel-novel ni yang pengaruh aku ;)

Buku-buku yang baru dibeli..masyuk..!masyuk!

:: Mysangkora:: Ngantuk jugak nak habiskan Sang Pemimpi and Laskar Pelangi. Bahasa Indonesia dia pergh..!! Memang kaw-kaw betul..apapun, novel ni memang masyuk! Banyak mesej tersembunyi yang kita tak nampak dengan mata kasar.. enjoy reading!

::Kenangan Ramadhan::



Bila tengah malam di bulan Ramadhan ni, teringat kenangan masa kecik-kecik dulu.. Then mula la senyum senyum kambing sorang-sorang. Pastu mula tersengih-sengih, macam kerang busuk! Hehehe.. Bila cerita bab kenangan ni, banyak sangat yang melekat dalam memori. Hurmm.. pada usia yang bakal menginjak 23 tahun, hard disk 500GB belum tentu muat nak simpan semua memori-memori aku nie.. Ekekeke.. Tapi tak semua benda aku simpan, certain-certain things je yang aku ingat. Memori kecik la katakan, RAM pulak tak berapa nak laju,256MB je.Processor pun lebih kurang je, al maklumla dah berusia.. Hahaha!

Orait-orait, back to our topic.. bukan boleh bagi chance sikit, mula la melencong jauh. Ekekeke..Entry kali ni, aku nak berkongsi serba sedikit pasal kenangan aku di bulan Ramadhan. Aku mula berpuasa start umur 6 tahun kot (kalau tak silap la..nanti kompem balik ngan mak) Tapi biasa la kan, mana nak puasa penuh time tu beb! orang kampung aku selalu sebut, posa yangyok, bangun pagi bukak periuk!Hehehe..anak mak katakan. Kalau lapar je, buat muka seposen. Mak pun kesian, so dapat la makan, and secara rasminya takde lah aku berpuasa pada hari tu.. hehehe! Sengal betul Teah..kuang asam pun ye gak, mentang-mentang anak kesayangan mak time tu, pandai amik kesempatan eh! Kakakaka..

Naik darjah satu pun macam tu jugak. Time tu skolah waktu petang. Ye lah, bangun pagi sementara nak tunggu pi sekolah dah macam-macam benda yang aku buat. Waktu pagi diisi dengan agenda bermain-main bersama sepupu lelaki aku. Kalau dah nama main ngan lelaki, takkan main pondok-pondok kot. Dah tentu tak lekat kat rumah, sampai hujung kampung kami berjalan-jalan sambil berlari-larian (betul ke tatabahasa aku ni..ah, lantakla!! Hehehe) Kalau tiba musim tuai padi lagi syiok, berkubang dalam bendang la kami jawabnya! Dah habis bermain, kitorang pun balik rumah, sebab pastu nak siap-siap pi sekolah pulak. Kat sekolah..ha yang ni lagi satu, benda paling sengal penah aku buat!! Kalau dah nama budak, mana tau duduk diam-diam..kat sekolah pun sama gak. Main-main and main, pastu kompem la masing-masing tercungap-cungap keletihan. Boleh pulak, aku and beberapa orang kawan pi minum air paip kat depan library,,Hahaha! Air paip pun jadi..Teah..Teah!!

Ha..yang tu baru cerita kat sekolah. Belum lagi kejadian kat rumah. Satu perkara yang paling aku tak boleh lupa..ada sekali tu, time nak berbuka. Macam biasa, aku, angah and along masing-masing dah ready bersila kat lantai. Tah kenapa, tiba-tiba aku kena simbah ngan air sirap ngan bapak aku..Aiiyaa!! Apa salahku wahai bapakku?? Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, apasal bapak simbah air sirap yang sedap tu kat muka aku yang tersangat comel time tu.. bila dah besar sikit, aku, angah and along buat kesimpulan sendiri: agaknya time tu dah kantoi aku posa tak cukup agaknya..huhuhuhu! Start dari kejadian tu, aku dah jadi baik sket beb! Posa dah penuh.. sampai la sekarang..

Panjang lebar plak aku bercerita malam ni. Ni belum massuk bab main bunga api ngan mercun lagi. Aku mula kenal mercun dan bunga api: dua adik beradik yang sangat akrab ni agak terlewat. Bapak yang sangat garang (time tu la) tak kasi chance langsung kitorang adik beradik main mercun. Huhuhu..sadis betoi! Nak buat macam mana, anak-anak dia anak dara kesemuanya. Sebagai anak yang mendengar kata ( ye ke? ) kitorang ilut je la.So tak boleh suka-suka hati ikut kepala sendiri.. tapi takde la sampai tak main langsung, ada jugak main. Bila? Ahaks! Time raya kat kampung, mesti amik kesempatan. Sebabnya, kat kampung ramai sedara-sedara jauh balik. So kalau kitorang main pun, takkan bapak nak marah anak-anak dia yang comel-comel belaka ni kat depan ramai orang. Ahaaa..aku memang pandai mencari peluang! Ekekeke..jadi nya, dapat la kitorang lepas gian kejap main mercun and bunga api.






Bila dah semakin dewasa ni, tengok mercun and bunga api pun dah tak rasa apa-apa..cuma ada sekali tu, aku and geng-geng kat maktab lepas gian jugak main mercun kat sana. Ekekeke.. ada sekali tu, kami siap bertarung main tembak-tembak mercun ngan jejaka-jejaka di blok Nuri sana. amin tembak je, bukannya tau pun siapa gerangan yang tengah beraksi time tu..hehehe! Tapi mercun kitorang cikai-cikai je, macam langit nan bumi. Dorang punya mercun..Fuh! Power beb..bergegar bumi Afzan di tengah kesunyian malam time tu!

Hurmm.. tahun ni, kalau main pun, main tembak-tembak ngan monyet kat hutan belakang je kot. Dulu bolehla, blok aku menghadap padang bola jaring, jengah lama sket dapat la skodeng jejaka-jejaka kat blok sana! hahaha..itu dulu, time tu muda remaja lagi. Sekarang dah taubat, kalau dapat skodeng pun, mungkin hanya b.a.b.i di belakang hutan sana atau lebih dikenali dengan jolokan keluarga bahagia di kalangan kitorang. Ekekeke..


MySangkora: I miss my old times.. terlalu banya kenangan. Hampa pulak macam mana? Kenangan lalu jadikan aku lebih dewasa..like now! =)

:: Aku dan Mereka::




Kami yang sengal dan gonjeng!


Time watikah aritu. Tapi ni tak cukup korum..NYD tiada dalam gambar ni.

Apa yang ko tunjuk min? Semua orang boleh tengok plak.. Ekekeke..


Cuba teka, sape gerangan yang "tertonggek tu.. Ekekeke..

Sedar tak sedar, dah lima tahun lebih aku bergelar guru pelatih. lima tahun beb..bukan satu tempoh yang singkat. Kalau ada budak baru lahir time tu, skang ni dah boleh berjalan, berlari dengan pantas,dah boleh main kejar-kejar pun..dan yang pasti, mak dia dan anta masuk tadika. Hehehehe.

Lima tahun, macam-macam perkara dah terjadi dalam hidup aku.. Dulu gemuk, kurus sikit, and then membesar bagaikan juara semula. Ekekeke.. Cinta, datang dan pergi silih berganti. CINTA, macam-macam benda aku belajar melalui perkataan nan satu ni. Kegembiraan, kebahagiaan, kekecewaan, kejujuran, kecurangan..itu semua asam garam dalam bercinta. Dan, benda-benda ni semua membuatkan aku menjadi semakin dewasa dan matang. Yeah.. I'm more mature than before!

Ehem..apa sebenarnya yang aku nak sampaikan? Actually, aku nak sentuh pasal kisah aku dan mereka? Aiyoo..siapa 'mereka' tu? Adakah sebahagian dari kisah cinta yang tak kesampaian tu? Kakakaka..tidak sama sekali. Cerita yang aku nak sampaikan adalah kisah kami, PISMK-OUM PJK..


First year degree di Afzan. Muka suci je,masing2 muda remaja lagi time nie..Ekekeke

Kisah kami bermula sejak di Melaka lagi. Nak tau kenapa kelas aku semua perempuan? Hello!Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (sekarang dikenali dengan nama IPGM Kampus Perempuan Melayu) tu guru pelatihnya semua adalah wanita-wanita belaka. Sebab tu la unit aku nie semuanya terdiri daripada perempuan-perempuan Melayu dan beragama Islam. Waktu tu, kelas aku seramai 29 orang. Tah macam mana, kitorang tercampak satu unit di lembah asing yang dikenali dengan nama IP Tengku Ampuan Afzan (time tu Institut Perguruan lagi) Aiseyman..macamana kami boleh dibuang ke daerah asing nie?? Masa tu semua terkejut, sebab konon-kononnya, kalau tukar maktab pun dalam zon je.Tak pernah terlintas langsung Tup2.. bila sampai kat Afzan, tinggal 21 orang je. Tapi skang ni, yang tinggal 20 orang je. Seorang rakan kami, Kak Mas tak dapat further study sama-sama ngan kitorang atas sebab-sebab tertentu. Kesian kat dia!

Aku dan mereka... banyak sangat benda yang dah kami lalui sama-sama. Asam garam hidup, bergaduh, bertumbuk, aku ngata kau..kau ngata aku, semua tu dah masing-masing dah pernah rasa. Setakat ni, bertumbuk dan bergusti je belum penah kitorang rasa.. Ekekeke..

Aku dan mereka.. masing-masing dah dewasa skang. Kami bukan lagi budak belasan tahun, tapi dah layak jadi mak-mak orang pun. Masing-masing dah masak ngan benda-benda ni.. benda-benda ni yang buat kitorang makin erat. Masing-masing ada ragam tersendiri... biasa la, perempuan kan. Kadang-kadang bila buat something mesti nak banyak cakap dulu. Tapi pastu, kerja kitorang hasilnya..menang tip top! Kelas gitu! Hehehe..

Hurmm terlalu banyak yang nak diceritakan perkara-perkara yang dah berlaku sepanjang lima tahun ni. Suka duka, pahit manis, caci maki dari orang luar.. semua dah penah rasa. Tapi tak da hal la, apa kitorang peduli! Hehehe..yang penting, kitorang tau apa yang kitorang buat..

Now, tinggal lebih kurang 3-4 bulan lagi je kitorang akan bersama. Then, masing-masing akan bawak haluan sendiri..

Uhhh...aku akan merindui kamu semua..dan juga Afzan!!
::Gambar: Ihsan Kak Cuken dan kawan-kawan::

:: Nilai Sentimental dan Aku::


Haiyaa...!! Apa jadah sentimental value pulak kali nie? Hehehe.. sentimental value, nilai sentimental. Aku memang seorang yang bernilai sentimental yang teramat tinggi..eh cam pelik je bunyi. Bukan..bukan! aku seorang manusia yang mempunyai nilai sentimental yang teramat tinggi. Aha..ada beza antara dua ayat tu.



Apa yang korang paham mengenai sentimental value ni? Menurut kamus ciptaan sendiri, aku takrifkan sentimental value ni sebagai sesuatu barang @ benda yang pada fikiran kita amat bermakna, tetapi tidak pada mata kasar orang lain. Benda yang dah expired, dah berhabuk, gambar yang pudar and macam-macam lagi benda yang boleh kita lihat dengan mata kasar. Nak senang paham, benda-benda lama yang kita sayang nak buang and then kita amik simpan, sebabnya barang tu akan mengingatkan kita kepada sesuatu peristiwa atau someone.



Okey..i give you an example. Kad-kad or hadiah-hadiah yang pakwe or awek korang penah bagi dulu, sampai skang masih disimpan lagi kan? Aha..jangan tipu, sebabnya aku pun macam tu! Bukan apa, barang-barang tu sayang sangat rasanya nak dibuang.


Otak positif aku kata: kalau simpan, sekurang-kurangnya kita akan ingat kebaikan yang dia buat kat kita, and then bila tengok benda-benda yang dia penah bagi kita, dengan sendirinya kita akan tersenyum. Betoi tak? Alaa..jangan tipu la. Aku pun penah rasa macam tu ekekeke!


Ha..otak jahat aku pulak cakap: Hek eleh..buat apa simpan? Buang karan je.. tah-tah aku simpan barang dia, barang aku kasi silap-silap dia dah campak awal-awal lagi..ahaks!



Fuyoo! Beremosi betul kata-kakta aku kali ni. Yup, memang tak dapat dinafikan, diri ini memang penuh dengan emosi. Setiap kali ada perkara terjadi dalam hidup, 2 benda ni yang akan aku fikir dulu. Bukan apa, belajar dari kesilapan. Satu ketika dulu, aku dah buat pertimbangan yang terlalu amat silap. Akal pendek aku..arghh!! Lupakan.. past is past! Ehmm..




After that tragedy, barang-barang yang orang kasi semua aku simpan. Kalau tengok, memang tak masuk akal langsung! Ekekeke..tapi tu la aku. Antara benda-benda yang disimpan until now:

1. kotak Dunkin Donat (lor..yang ni pun nak simpan jugak ek?) yang someone kasi 2 years ago.

2. Kotak kek yang aku pernah kasi someone masa kitorang celebrate kat Sogo. (Mak ai!! Simpan jugak ke?) Aisey.. tak bleh nak kata apa lagi kalau dah sampai tahap macam ni..hohoh!

Dua benda di atas tu di antara benda-benda yang aku simpan. Banyak lagi benda pelik-pelik yang aku simpan until now. Tu belum lagi koleksi tiket-tiket bus, resit-resit,kad-kad raya and birthday. Kebanyakan yang jadi koleksi selalunya benda-benda pertama yang aku buat, like tiket keretapi ke Segamat. Biarlah apa pun orang nak cakap, this is me. Hidup dalam kenanga..sebab kenangan ni buat aku lebih berhati-hati, buat aku lebih matang. OK what, ada juga kesan positif pada aku..kan..kan?


Tapi, korang-korang kat sana, don`t do this at home! Bukan apa, buat semak bilik je simpan benda-benda camni. Buktinya? Kotak Double A yang berlambak kat bawah katil tu antaranya terkandung barang-barang macam ni la hehehe.. =P




::Sangkora:: Mengambil kata-kata seorang penulis:




"Memberilah dengan sebanyak-banyaknya, tetapi tidak menerima dengan sebanyak-banyaknya"



-Andrea Hirata-

::Belajar Menghargai Apa Yang Dimiliki::


Learn how to appreciate? Hurm.. yup, kali ini aku nak memperkatakan sesuatu berkaitan dengan menghargai apa yang kita miliki. Dalam hidup, boleh dikatakan setiap hari ada je benda@perkara yang kita tak hargai. Apa sahaja yang kita lakukan semua nampak tak kena pada pandangan mata. Hurmmm.. sedar tak kita, apa yang kita buat tu sebenarnya menunjukkan yang kita ni sebenarnya tak bersyukur dengan apa yang dah kita ada?

Aku sendiri tak terkecuali. Contoh paling senang, aku sentiasa mengimpikan sebuah laptop yang canggih raban, walhal kat bilik da ada sebijik PC beserta 2 bijik printer! Printer tu tiba-tiba boleh jadi dua bijik sebab misunderstanding. Huhuhu.. tengok, ni la contoh paling mudah yang boleh aku beri. Kalau diikutkan, PC tu masih boleh berfungsi dengan baik, masih boleh lagi memberi khidmat terbaik walaupun usianya hampir menjangkau lima tahun! Tapi itulah aku, jarang sangat bersyukur dengan apa yang aku ada. Macamana pulak, if suddenly PC tu ‘pergi’ meninggalkan aku tanpa pesan, dan tentunya pada waktu tu aku akan terkapai-kapai..

Kita seringkali terlupa, apa yang ada di depan mata itulah yang terbaik. Semasa boleh tertawa bersama seringkali kita bermasam muka, setelah jauh dia pergi ingin sekali berkongsi cerita. See, kita memang macam tu. Jarang menghargai apa yang kita miliki tetapi seringkali terbuai dengan apa yang orang lain miliki.

Tak dinafikan, kita juga selalu menyesali dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. Apabila bersama dia, kita selalu rasa terbeban, tetapi bila dia tiada beban yang ada dirasakan terlalu berat yang amat. Kesempatan untuk bersama terlalu singkat. Kesempatan itu sepatutnya dinikmati dan dipelihara dengan sebaiknya. Tidak perlu bersusah payah untuk memberhentikannya, sebabnya bila tiba masa, dia akan pergi dengan sendirinya tinggalkan kita. Kita memang selalu macam tu. Di seberang jambatan segalanya nampak indah, sedangkan di sebelah sini tiada yang kurang. Dah sampai sana, baru kita sedar yang sebenarnya apa yang kita nampak di seberang sana hanya indah pada pandangan, tetapi tida semeriah dan sebahagia dengan tempat kita. Yang terang sudah semestinya bercahaya, tapi yang bercahaya tak semestinya memberi kebahagiaan.

Seharusnya, begini yang kita harus katakan:
“Tiada yang lebih indah melainkan bersaudara dengan awak, tiada yang lebih sakit selain berpisah dengan awak, tiada yang lebih manis selain kenangan bersama awak, perkara terbaik yang pernah terjadi dalam memori hidup saya ialah kebaikan dan pengorbanan yang telah awak lakukan kepada saya”.

Sebelum terlambat, jom kita sedarkan diri kita.. tiada yang lebih indah selain menghargai apa yang kita miliki. Setiap daripada kita hanya mempunyai masa yang sikit untuk untuk menghargai makna kehidupan yang sebenar. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan!

::Salam Ramadhan::


Alhamdulillah, dah dua hari kita berjaya menjalani ibadah puasa..

Rasanya masih belum terlambat aku wish Salam Ramadhan kat semua..

semoga Ramadhan kali ni membawa 1001 kebahagian kepada kita semua.

Sama-samalah kita kejar barakhah Ramadhan kali ni..

Akhir kalam, Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua!

::Peram Lama-lama sampai jadi Pekasam!::



Ketika entry ni ditulis, aku baru siap kemas bilik, sebabnya setiap kali cuti mid sem or cuti sem, kitorang wajib kosongkan bilik. Sebabnya, cikgu-cikgu KDC pulak akan masuk belajar. Masa tengah kemas-kemas tu, banyak la terjumpa barang-barang lama. Paling tak menahan, barang-barang dari semester satu until now (semester 8) masih ada lagi, dan yang paling mengerikan ialah semuanya tak pernah dihantar balik! Bayangkan, paling-paling kurang, setiap sem mesti ada 2 kotak barang bersaiz kotak Double A.. huhuhu! Means that, ada lebih kurang 8 kotak di bawah katil. Itu belum termasuk beg-beg pakaian. Aiseyman, banyaknya barang-barangku!

Adusss!! Dah pening, macamana nak buat dengan barang-barang sebanyak ni? Bapak awal-awal lagi dah habaq, hujung semester nanti datang amik ngan Kancil je. Kancil? Alahai, apa sangat la barang yang leh sumbat dalam tu. PC aku satu set+ printer je kot yang muat pun. Tu belum masuk beg-beg baju yang semakin hari semakin bertambah. Adoyaaai!! Pening-pening.



Pakwe@PC kesayangan yg sering menjadi peneman dikala susah & senang...



From now on, setiap kali ada peluang balik kampung je mesti aku tak lepaskan peluang bawak balik barang. Dua beg ni memang WAJIB dibawak balik, satu travel bag pack yang berwarna oren and satu lagi luggage nak isi buku-buku. Sakit badan jangan cakap la. Sebabnya, setiap kali balik aku terpaksa transit kat KL dulu, then amik next bus kat Puduraya. Huhuhu! Azab weh, sebabnya terpaksa naik turun LRT dengan beg yang bapak punya berat. Macam isi ketulan-ketulan batu bata je! Tapi tak boleh nak cakap apa la, salah aku gak. Sapa yang suruh peram barang lama-lama kat bilik, kan dah padan muka Ekekeke... so jangan pelik pabila korang-korang melihat geng-geng senior korang sentiasa membawa beg-beg yang besar setiap kali berpeluang pulang ke kampung halaman. Sebabnya, depa pun macam aku jugak. Peram barang lama-lama bawah katil. Ekekeke....




Hentian Puduraya yang seringkali menjadi tempat persinggahan. Lautan manusia..tak pernah lengang walaupun sesaat!


::Sangkora::
Ini kisah benar. Bukan rekaan semata-mata tau. Realiti hidup di perantauan, macam ni la hehehe..



Foto:


http://leonardpng.blogspot.com/

::Picnic+Praktikum=Picnikum?? Part 1::

Sedar tak sedar, praktikum fasa 3 yang sedang dilalui bakal berlalu sedikit masa je lagi. Cepatnya masa berlalu! Rasanya baru semalam aku lapor diri, esoknya baru dapat jadual..Fuh! Masa berlari dengan pantas. Kita je yang terleka..

Praktikum kali ini benar-benar memberikan cabaran yang paling hebat sepanjang aku bergelar guru pelatih. Mana taknya, markah untuk praktikum kali ni pun besar, 50%. Adoyai! Kalau sebelum ni rancangan mengajar aku biasa-biasa jetapi kali ni aku terpaksa bekerja keras dan berhempas pulas memikirkan idea-idea p&p baru. Al maklumla, pensyarah pembimbing pun pensyarah yang sama masa praktikum fasa 2 dulu. Kalau ikutkan pengalaman lepas, aku akan tiru balilk je Rancangan Mengajar yang lama..heheh! Ada jugak manusia macam ni, bila la nak maju ek.. Aktiviti ko-kurikulum sebelah petang pun aku kena attend jugak. Walaupun sedikit penat, aku and partner sangat enjoy involved dalam aktiviti-aktiviti ni.

Ha, sebelum terlupa.. praktikum kali ni aku buat di SK Sega, Raub, Pahang. Kalau diikutkan, jarak dari IPG ke sekolah hanya memakan masa selama 30 minit. Disebabkan kami berkongsi kenderaan, kami pun amik keputusan sewa rumah kat luar. Ini pengalaman kedua aku menyewa bersama sahabat-sahabat ketika latihan mengajar. IPG bukan senang nak lepaskan kami menetap kat luar, nak-nak lagi unit kami semuanya perempuan.. heheh!




Ni masa cuci rumah..apa yang penting? Kerjasama..!!


Tadaa...!! kalo nak pi raub, atas sket dari simpang Benta, toleh kanan. ni la SK Sega.


Seronok sangat bila ingat balik semula memori aku pengalaman ketika mencari rumah untuk disewa. Al maklumla, 'Bandaraya' Kuala Lipis ni bukan senang nak dapat rumah sewa. Nak plak time tu kenderaan belum kunjung tiba. Ngan muka seposennya, terpaksa la sewa kereta Ustaz Syahman. Nasib baik dia ok.Terima kasih ya Uztaz! Kancil awak tu banyak membantu akak-akak senior ni..Cari punya cari, tak lama pastu kitorang berenam terus tertancap pandangan ke arah banglo kuning kat kampung ni. Risik punya risik, nah! Memang rezeki kami.. rumah tu kosong..






Oppss..!! Min sempat posing lak tang nie..

Ni la banglo mewah kami.. heheh! Amacam, orait tak? Ok la tu kan, lagipun 6 minggu je kami di sini..jap2, tengok semula batu-batuan yang berdiri tegak kat tepi rumah, ala gambar yang atas sekali.. pernah tengok tak batuan itu di mana-mana? Ha.. pandai pun.

To be Continued..tunggu episod seterusnya!
:: Picnikum= Meminjam istilah yang digunakan oleh Kak long Kak Cuken terhadap kami =) hehehe

:: Sahabat Itu Ertinya...::

Masa tengah godek2 internet, terjumpa sebuah sajak ni.. really nice! Buat aku terpaku dan terpana..tapi ini la realitinya..

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu...

Sumber:http://ukhwahfillah.wordpress.com/

::Sangkora::
Cuba tampar pipi korang! Opss.. salah bkn korg je. Aku pun kena wat gak. Dah sedar diri? Apa lagi yang kita cari?? Fikir-fikirkanlah.

Satu Titik Permulaan


Assalamualaikum W.b.t...


Akhirnya sempurna!

Tiada apa yang ingin diperkatakan pada entry kali pertama ini..

Diri ini hanya ingin berkongsi catatan perjalanan hidup, suka duka bersama teman-teman sepengajian, perjalanan bakal seorang penjawat awam..

InsyaAllah..pengembaraan bakal bermula =)


Tempat ni banyak tinggalkan kenangan buat aku n rakan2..di sini pengembaraan sebenar kami bermula...