:: Trip Terakhir Penuh Cabaran dan Dugaan ::


Alhamdulillah, akhirnya slamat sampai ke daerah yang disayangi ni. Mana lagi kalau bukan Sungai Petani..hihihi. Selepas perjalanan yang agak memenatkan (biasa la, terpaksa transit kat KL then tukar bus ke Sg Petani after dat) and memakan masa lebih separuh hari. Macam2 perkara yang aku lalui semalam. Mana taknya, esok nak raya, arini baru nak lik kampung. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lipis-Kuala Lumpur (aku kira ni trip terakhir aku..pasni ntah bila lagi nak jejak kaki ke sana) sepanjang jalan yang menghala Lipis jam teruk. Rakyat Kelantan berpusu-pusu balik ke kampung halaman masing-masing.

Cerita pertama, pertama kali sepanjang lima taun setengah aku jadi pelanggan tegar bus Transnasional, seat aku bertindan ngan orang lain. Hohoho..slumber badak je aku mintak mamat tu tukar tempat. Dia pun ngan muka blur bangun pi duduk kat belakang. Tiba-tiba pakcik tu datang mintak tiket aku, kecuakan mula terasa. Then baru aku tau seat tu bertindan. Oh man! Malunya aku..halau mamat tu, padahal memang seat dia pun! Aisey..

Cerita kedua, setibanya di KL. Aku and seorang sahabat, barang kiri kanan penuh tangan. Nak ke Puduraya ngan LRT, cam mustahil je. Takut kang ade yang jadi magsa "cepitan" pintu LRT tu pulak. So kitorang pun amik keputusan ke sana ngan teksi. tiba kat tempat teksi tu, ada sorg pakcik panggil kitorang. Dengan lagak machonye, aku pun menghala ke arah teksi tu. Aiseyman! Rupa2nya bukan.. pakcik ni bawak kete sapu rupanya. Nak tak nak, naik la jugak. Sampai kat Puduraya, pakcik tu turunkan kitorang. RM20 bai! Fuh..ketar gak tangan nak hulur. Nak tak nak, terpaksa la hulur jygak. Dalam hati aku dah menyumpah2, apsal la tadi tak maik LRT je. Baru RM1.20..huhuhu. Terima kasih pakcik sebab kenakan saya and sahabat semalam. Sumpah pasni kitorang takkan terima pelawaan pakcik lagi!

Cerita ketiga, tiba di Puduraya. ni satu lagi kes yang memang betul-betul wat aku hangin. Topup kat Pudu sepatutnya RM10 jadi RM10.50! Ai makcik, ini sudah lebih nampak. Aku survey kat sume tempat kat situ, sume harga sama. Pandai amik kesempatan time orang tengah ramai-ramai kat sana ye. Huh! Nak tak nak, terpaksa jugak beli sebab kredit memang betul-betul kong. Fuh! nasib baik boleh mampu bersabar. Tu baru perihal kad prabayar, belom lagi modal air. sahabat aku beli milo kotak kecik tu ngan harga RM2 sekotak. Fuh! mahal la tu beb! Harga biasa Rm1.50 je..

Cerita keempat, waiting for the bus. Bila dah ramai-ramai camtu, macam-macam gelagat orang aku sempat tengok. Seat memang takde kosong, nasib baik luggage aku ni ade ha. Boleh jugak jadikan tempat duduk. Lama temenung sesorang (sahabat gue dah naik bus dulu) bila dah "parking" kat tempat tak sepatutnya, orang lalu lalang kat situ jalan dah tak pandang kiri kanan dah. Kaki ni dah brape kali kene lenyek dek luggage orang. Adus! Nasib badan kan.. Ha, hampir juga kena tinggal ngan bus. Aku orang terakhir yang lojing barang, pastu bas trus gerak. Nasib baik sempat. Betul la kata orang, bus Transnasional ni pantang lewat seminit, asek nak tinggalkan penumpang jerk!

Cerita keempat, ni pengalaman paling best. Sebabnya, fisrt time tiba kat kampung malam raya. Ahahaha..syahdu je rasa! Sempat juga merasai kesesakan lalu lintas kat sepanjang highway Jalan Duta sampai ke susur keluar Sungai Petani Selatan. Pergh! Memang dasat.. kesesakan lalulintas sepanjang jalan. First time rasa cam sopan je pakcik ni bawak bus. Mungkin hanya 80-90 km/j je kot. Bukan senang nak tengok pemandu-pemandu bus bawak bus sopan camni kan. Kete-kete gerak slow je. Cam dalam tv tu. Memang betol-betol terasa cam nak balik raya! Ahaks!

So, ni jela pengalaman aku nak balik bercuti kali ni. And maybe, ni kali terakhir aku menjadi pengunjung Hentian Puduraya. Pasni kalo singgah pun, mungkin tak sekerap lima tahun setengah ni. Cerita aku ni, molek la kiranya korang jadikan pengajaran. P

1. Seblom naik bus baik korang cek tiket ngan kaunter dulu. Walaupun kebarangkalian benda tu nak terjadi sangat tipis,tapi xpela. Tak salah kan.
2. Jangan mudah sangat percaya kat orang. Nak-nak lagi manusia di kota metropolitan cam Kuala Lumpur tu. Jangan pulak member korang budak KL, korang x caye kat dia. Bukan tu maksud aku. Kitorang jadi mangsa pakcik tu mungkin sebab masing-masing muka naif sgt kot. Ngeee~
3. Kalo dah tau nak lik kampung, jangan abeskan kredit ke benda-benda lain ok. Ahahaha.. reserve sket untuk kol abah yang nak amik kita kat stesen nnti :P
4. Ni takde ape yang nak dijadikan moral cerita. Kalo nak rasa pengalaman the real anak perantau, ikut la jejak langkahku itu. Pulang ke kampung halaman pada malam raya! hihihi..

Tu je nak cerita kali ni.. sesungguhnya, Kuala Lumpur memberikan 1001 pengalaman dan kisah suka duka kat aku. Orait bebeh, tunggu cerita seterusnya..jeng3! ::Sayonara Afzan::




:: Eh betul ke? ::


"Ya Allah!
Lamanya!
Biar betul ni?
I can't believe this?
hampir dua bulan, aku tak salah tangok ke?"
sambil genyeh-genyeh mata, aku tengok kalender tu sekali lagi.

Eh, memang betul la.
Tak salah lagi. Memang betul pun. Dah dua bulan lebih.
Patutla hati ni terusik sangat.
Dalam hati ada rindu.
Rindu yang makin dipendam, makin terasa sakitnya.

bermonolog lagi:
Perlu ke aku ngaku?
Eh, segan la.. malu beb!
Apa kes segan-segan lak ni?
Yela-yela, aku cakap la..
Ya, aku rindu kamu! Sungguh!


:MySangKora:
Rindunya kat mak ayah kat kampung.
Sangat lama x ketemu sama mereka!!
Kat si kecik pun rindu jugak. Acik rindu Aqilah la!!

Pictures from:
Flickr.com

:: Teruja ::

Semenanjung, Sabah or Sarawak? Mana satu tempat aku bakal berkhidmat?

Ape lagi yang ditunggu minggu ni..Cerita kedai kopi paling panas, sudah semestinya cerita posting. Fuh! Panas punggung. Masing-masing tak senang duduk. Setiap hari tercongok depan PC, nak tengok list untuk posting Disember 2009 dah keluar belum. Bila aku letak status ym yang berbunyi "Sabah! Tunggu Kedatangan aku!" Ramai yang buzz and tanya pasal status tu. Kwang3..jangan tertipu wahai manusia. Itu hanya kata-kata yang lahir dari hati aku. Kata-kata kudus yang lahir dari hati seorang insan kerdil yang mempunyai misi besar (pehal poyo semacam ayat ni??)

Sabah, Sarawak or Semenanjung? Tiga tempat ni yang jadi persoalan sampai skang. Aku tetap setia menunggu jawapan tu. Kat mana tempat pertama aku bakal berkhidmat? Cane pentadbiran sekolah aku nanti? Apa tugas yang bakal aku dapat: S/U Sukan, Guru Data, S/U peperiksaan or lain-lain jawatan? Cane pulak ngan rakan-rakan sejawat nanti? Tak dapat aku bayangkan semua ni.. selama ni kawan-kawan aku sebaya je. Pasni rakan-rakan sejawat dah semestinya usia lebih dari aku. Walaupun dah ada tiga kali pengalaman latihan ngaja, ketakutan tu tetap masih ada..huhuhu.

Walau apa pun, aku pasrah je. Tawakal. Doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan rakan-rakan. Mana-mana tempat pun sama je sebenarnya, semuanya terpulang pada kita. Cabaran yang digalas harus dijalankan dengan baik. Kementerian dah lima tahun setengah 'besarkan' aku. Sekarang, masa untuk membalas segala 'jasa dan budi' yang telah diberikan. Anak sulung ni dah bersedia untuk berkhidmat. Harapnya semangat aku yang tengah berkobar-kobar ni akan terus menyala sampai bila-bila. Chewah!


:: MySangKora::
Serius! Sangat teruja nak tau mana tempat bakal ditempatkan. Hati ni dah tak mampu tunggu lagi :|




:: Penyokong Wira Merah Ganas?::


IMBAS KEMBALI... Sebahagian penyokong Kelantan yang menyaksikan final Piala Malaysia menentang egeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lepas.


Barangkali jika ada anugerah persatuan paling popular dan kontroversi tahun ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) adalah calon yang paling layak untuk menerimanya.

Apa tidaknya, KAFA tidak pernah sunyi daripada menjadi perhatian umum bukan sahaja kerana peningkatan mendadak pemain Kelantan tetapi angkara peminat fanatik yang tidak kena cara.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pernah memberitahu, KAFA antara persatuan bola sepak yang paling banyak membayar denda sehingga melebihi modal yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini jelas kerana FAM hanya memperuntukkan RM300,000 kepada setiap pasukan bertanding tetapi sehingga kini, denda yang dibayar KAFA kepada FAM sudah melebihi modal yang diberikan. Terbaru, KAFA didenda RM50,000 angkara keganasan yang dicetuskan penyokong Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas.

Penjelasan itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa cabaran menguruskan KAFA bukan semudah yang disangka walaupun ada pihak menganggap KAFA adalah persatuan bola sepak paling mewah hasil penjualan tiket kerana kehadiran penonton yang begitu ramai pada setiap perlawanan. Dua musim diterajui Annuar, kantung KAFA sudah mula terisi.

Setiap perlawanan melibatkan pasukan Kelantan hampir 20,000 hingga 25,000 penyokong akan membanjiri stadium keramat mereka Stadium Sultan Muhammed IV itu, sekali gus menjadikan KAFA sedikit lega untuk menampung keperluan kewangan.

Bagaimanapun, hasil yang masuk ke akaun KAFA tidak mampu untuk bertahan lama dan jumlah kutipan tiket yang diperoleh masih belum mampu untuk ‘menyenangkan’ pihak persatuan gara-gara sikap penonton skuad Wira Merah yang ‘aneh dan pelik’.

Sikap fanatik tidak kena cara dan kurang bijak dengan membaling mercun dan bunga api serta objek lain seperti botol dan bekas air menyebabkan mereka sudah di cop sebagai antara penyokong paling bermasalah di Malaysia.

Namun, seperti tidak adil kepada penyokong Kelantan apabila setiap kali insiden keganasan, seluruh mata terus tertumpu ke arah mereka.Secara jelasnya, insiden 7 April lalu ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Kota Bharu benar-benar memberi kesan terhadap maruah penyokong Kelantan.Mereka secara terus-terusan dituduh sebagai penyokong bermasalah dan sering mencetuskan keadaan yang tidak sihat.

Masalah kelakuan penyokong tidak beradab bukanlah masalah Kelantan sahaja.

Menyorot kembali permasalahan yang dicetus oleh penyokong, musim ini bukan sahaja penyokong Kelantan malah penyokong Perlis dan Terengganu juga adalah antara watak yang turut mencetuskan kontroversi.

Namun, double standard yang wujud cukup mengguriskan hati puluhan ribu penyokong dan peminat Kelantan apabila tindakan yang diambil oleh FAM kepada penyokong selain daripada penyokong Kelantan hanya sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’.

Keganasan penyokong yang timbul di luar Stadium Utama, Kangar pada 31 Oktober lalu menyaksikan penyokong Kelantan ‘dibantai’ teruk di laman lawan.


ANNUAR


Lebih 20 buah kenderaan dirosakkan termasuk bas yang membawa pemain-pemain Kelantan.Letupan mercun dan balingan objek juga cukup meriah di sana sehinggakan salah satu mercun yang dibaling hampir mengenai salah seorang pemain Kelantan yang terbaring kerana mengalami kecederaan ketika itu.Namun, FAM sepeti ‘membutakan’ mata dan ‘memekakkan’ telinga kerana tiada tindakan diambil terhadap Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).Apa yang menghairankan, kejadian tersebut bukan sahaja disaksikan oleh penyokong Kelantan yang hadir di stadium, malah jutaan yang lain kerana perlawanan tersebut disiarkan secara langsung oleh RTM.

Barangkali perlawanan yang berlangsung pada malam tersebut tidak disaksikan oleh seorang pun mereka yang berada di dalam jawatankuasa disiplin atau jawatankuasa pertandingan atau apa-apa jawatankuasa lagi yang ada di Wisma FAM, Kelana Jaya menyebabkan badan induk bola sepak negara itu tidak mempunyai bukti untuk menghukum PFA.

Aneh tetapi itulah realiti yang dihadapi oleh KAFA dan penyokong Kelantan apabila mereka seperti dianaktirikan dan seolah-olah Kelantan ini adalah pasukan bola sepak dari negara jiran yang tumpang bertanding dalam Liga Malaysia.

Di Kuala Terengganu tempoh hari, kekalutan melibatkan penyokong turut berlaku. Perlawanan peringkat kumpulan antara Negeri Sembilan dan Terengganu turut dicemari dengan insiden balingan mercun.

Lebih teruk daripada itu, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin yang sememangnya tidak begitu sempurna menyebabkan ada penonton yang masuk ke padang dan cuba menyerang pengadil dan pegawai pertandingan selain pemain pasukan pelawat.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya didenda RM16,000 kerana tiga kesalahan iaitu membaling botol terhadap pegawai perlawanan (RM5,000), penyokong meluru masuk ke padang (RM5,000) dan cuba memukul pengadil (RM6,000).

Dendanya murah dan mungkin ia adalah kesalahan pertama penyokong Terengganu atau sebaliknya.Hanya FAM yang mengetahui segala yang tersirat itu. Bagi penyokong Kelantan, ini adalah masa untuk mereka berubah dan turut sama merasai tanggungjawab yang dipikul oleh KAFA. Mereka mungkin lebih dihormati sekiranya memiliki pasukan yang hebat dan dalam masa yang sama, mereka memberi sokongan dengan cara yang lebih profesional.

:: Tolong Aku! ::


Tak de apa sangat pun, just nak kongsi lagu yang selalu jadi halwa telinga satu ketika dulu. Masa tu memang sangat-sangat down. Otak jam sampai x boleh nak pk positif langsung. Lagu ni pulak masa tu memang terbaik! sebabnya, aku tangkap leleh sampai ada satu ketika teresak-esak menangis sebab mengenangkan lirik lagu ni. Betul-betul hilang kawalan diri. Hahaha.. tapi masa tu je la. Skang tak lagi. Jom try ushar lirik ni :)


Tolong Aku by Hujan

Tolong aku Sahabatku
Dengarkan jerit hatiku
Tentang dia
Tentang dia
Masih selalu tentang dia

Ajak aku bersamamu
Ke mana pun yang engkau mahu
Tenangkan aku
Tenangkan aku
Sabar mentenangkan aku

Dia pernah membuatku merasa sempurna
Hingga aku pun menjanjikan selamanya
Namun ternyata mimpi yang dia punya
Berbeda (2x)
Aku takkan bisa
Hidup tanpa dia
Dia yang membuat
Aku bahagia
Tolong daku untuk
Melupakan dia
Sungguh hanya itu
Yang aku pinta

Dia pernah membuatku merasa sempurna
Hingga aku pun menjanjikan selamanya
Namun ternyata mimpi yang dia punya
Berbeda (2x)
Aku takkan bisa
Hidup tanpa dia
Dia yang membuat
Aku bahagia
Tolong daku untuk
Melupakan dia
Sungguh hanya itu
Yang aku pinta

Ajak aku bersamamu...

::MySangKora::

Siyes, klaka gila time ni... air mata xde nilai langsung masa tu. Hanya kerana seorang anak cucu adam! Hihihi..
tapi xpe, pengalaman kan. Like i told before, terbaik!~ Ahaha..

:: Bila Ada Yang Terguris Dan Mengguris::


Kita hanyalah manusia biasa. Aku, kamu dan juga mereka. Masing-masing punya cerita berbeza. Aku dengan caraku, kamu juga begitu. Haluan kita juga berbeza. Tapi jangan dilupa, setiap dari kita berkongsi rasa yang sama. Terguris dan mengguris!


Siapa yang mengguris? Dan siapa pula yang terguris? Kita tidak punya jawapan. Mengapa? Di manakah janji-janji kita dulu, pahit getir perjuangan ditanggung bersama? Ya, dengan pantas hati kecilku berkata itu hanya kata-kata manis penyedap rasa! Kita semua berpura-pura! Apabila ungkapan kata melampaui akal fikiran, nah..ini akibatnya! Sedarkah aku, kamu dan mereka??


Letih...penat...lelah. Cukup sampai di sini saja. Letih melayan kerenah manusia yang tidak tahu menghargai dan mengenang budi. Penat dengan suasana dan keadaan sekeliling. Lelah dengan segala janji yang dimungkiri. Cukup setakat ini!


Aku, kamu dan mereka. Sedarlah... Kita tidak punya masa yang panjang. Hidup umpama putaran roda, tak selamanya kita akan berada di atas. Satu masa nanti tidak mustahil kita akan jatuh ke bawah. Usah mendabik dada dengan apa yang dimiliki... kerana ianya tidak kekal melainkan Allah SWT...


:: Cerita dari Tanah Tinggi ::


Pics kat bawah ni sudah cukup untuk ceritakan segala-galanya. Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam setengah (Kuala Lipis-Betau-Cameron highlands)..journey kali ni memang sangat umphh! Hahaha..tak dapat digambarkan melalui kata-kata. Nurul sangat teruja sebab first time jejakkan kaki ke sana. Aku? Tenang-tenang je..kali kedua ke sana, juga bersama rombongan yang sama. Thanks to Ayen especially, both pilots, juga kepada rakan-rakan ahli 'rombongan'. Ahaks!~


Ladang Teh Boh di Sungai Palas, Cameron Highlands. Damai, Tenang. Aku Memang suka ngan keadaan tempat ni. Jauh dari kesibukan dan kebisingan kota. sangat mengasyikkan.



Ahli rombongan... Ahaks!


Di hadapan kilang Boh. Bau teh diproses dari luar kilang je dah cukup untuk mengajak aku melihat dari dekat proses penghasilan teh.

Kami di Tanah Rata. Sebelum teruskan perjalanan jelajah Cameron Highlands.

Ahaha... tak lengkap rasanya perjalanan ke sana tanpa strawberi. Cameron Highlands memang sinonim dengan roses, strawberries and other hot stuff.

::MysangKora::
2 pilots..2 cars..2 `gorgeous` people plus 5 men..a challenging journey and a destination with just one hope! Holiday!~ To Shah also,a lot of thanks to you bro.. :)

:: Kehidupan di Sebalik Pagar Tinggi ::


Mereka merupakan antara insan-insan yang telah membuat percaturan hidup yang salah suatu masa dahulu. Golongan ini terperangkap di antara keinginan yang tinggi dalam diri lalu memilih jalan hitam sebagai panduan. Namun, tanpa disedari, jalan tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada diri, tetapi hanya kesengsaraan yang berpanjangan. Siapakah mereka yang saya maksudkan? Ya, mereka adalah golongan pelatih di PUSPEN (atau dahulunya lebih dikenali sebagai Pusat Serenti).

Pada 3 Oktober lalu, Unit PISMK-OUM PJKbersama KPLI B&K telah mengadakan program lawatan di PUSPEN Benta. Ini merupakan pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke tempat yang bergelar pusat serenti. Saat tibanya di sana, perbagai pertanyaan timbul di dalam hati. Melihat keadaan pusat yang jauh dari kehidupan orang ramai, hati ini terdetik: Bagaimana agaknya kehidupan mereka di sini? Itulah persoalan pertama yang bermain di fikiran. Semasa kami tiba, pelatih-pelatih ini sedang membuat panggilan baris. Dapat dilihat di sini, terdapat tiga kumpulan pelatih yang memakai tiga warna t-shirt yang berlainan. Menurut pegawai di sini, mereka diasingkan mengikut tempoh rawatan pemulihan yang telah diberikan.

Detoks..pernahkah anda mendengar perkataan ini? Detoks berperanan sebagai tempat tahanan pertama pelatih. Mereka dicampak ke sini sebagai satu proses nyahtoksik, atau membuang gian penagih. Ditahan di sini untuk tempoh dua minggu tanpa dibenarkan berjumpa orang lain. Fuh! Melihat keadaan bilik tesebut, hampir loya tekak dan hampir pitam dibuatnya! Tandas, tempat tidur, makan semuanya di tempat yang sama. Kita sebagai manusia normal, mampukah hidup di tempat sedemikian??

Rata-rata daripada mereka apabila ditanya mengenai penglibatan awal dalam 'bidang' ini, masing-masing terlibat disebabkan oleh keinginan tinggi yang ada dalam diri untuk mencuba. Selain itu, pengaruh daripada rakan sebaya juga dilihat sebagai penyumbang utama kepada masalah penagihan dadah. Semakin hari, bilangan penagih semakin meningkat. Kita, sebagai ahli masyarakat.. apakah sumbangan kita terhadap masalah ini??

Terus-terang saya katakan, diri ini sendiri kurang mempunyai keyakinan untuk mempercayai golongan ini walaupun berkali-kali mengatakan bahawa mereka sudah insaf. Mengapa saya berkata begitu? Melihat kepada keadaan mereka setelah tiga hingga empat kali keluar masuk pusat, adakah ini dilihat sebagai sudah insaf? Anda sendiri mampu menilainya. Maaf, ini hanyalah pendapat peribadi. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi di sini, namun biarlah hanya saya yang tahu. Tak semua perkara di sana boleh diceritakan di sini.

Sebagai ahli masyarakat, tunaikanlah tanggungjawab sosial kita terhadap mereka selagi termampu. Terima mereka sebagai ahli masyarakat, jangan sisihkan mereka..

"TIADA YANG KEKAL MELAINKAN BERUBAH"


::MysangKora:: Ini baru kes dadah. Macam mana pula kes hidu gam yang makin berleluasa di kalangan murid-murid sekolah rendah yang terjebak seawal usia sembilan tahun?? Bukankah sepatutnya untuk usia semuda ini kanak2 ini perlukan pantauan daripada ibu bapa dan ahli keluarga mereka? Ini serius, perkara ini perlu diberi perhatian!!