:: Fikir Boleh, Tapi Jangan Khuatir ::

Tidak salah berfikir, cuma tidak perlu khuatir.


Sesuatu yang dirancang tanpa bekerja dan bekejar ke arahnya adalah sesuatu yang amat mustahil untuk direalisasikan. Usah dikhuatiri akan hal-hal yang tidak menentu dalam angan-angan kerana yang dalam angan-angan itu adalah samar. Mustahil untuk kita hidup dalam alam yang samar - masa lalu telah menjadi memori, masa depan masih lagi ilusi. Hidup hakikat ialah hari ini. Itulah realiti.

Hidup kita umpama membaca lembaran demi lembaran muka surat dari sebuah buku yang sangat tebal. Mengapa saya berkata begitu? Bandingkan hidup kita dengan dengan buku tersebut. Mampukah kita mengetahui apakah yang berlaku di pertengahan cerita sekiranya kita hanya membaca di lembaran awal dan akhir buku tersebut? Mustahil bukan. Jadi, tidak perlu gerun melihat buku yang tebal hingga hilang mood untuk membacanya. Jangan terlalu gelojoh, hingga membaca secara melompat-lompat tanpa mengikut tertib muka surat. Oleh itu, bacalah dari muka surat pertama, kedua dan seterusnya mengikut tertib sepertimana kita menunaikan solat. Setiap perkara yang dilakukan perlulah mengikut tertibnya yang tersendiri.
Hidup merupakan satu pusingan alam perubahan yang tidak henti-henti.


Hukum alam telah menetapkan bahawa sesuatu yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia berubah mengikut peredaran masa serta dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Jangan sesekali cuba mengambil alih peranan Tuhan. Atau lebih mudah, jangan sesekali cuba merungkai perkara-perkara di luar batasan. Biarkah hidup berlalu mengikut yang telah ditetapkan. Jangan sesekali juga melampauinya.
2 Responses
  1. Penulis Says:

    Setuju dengan mesej entry ni. Please keep writing. Thumbs up again!


  2. Penulis=> terima kasih kerana masih setia berkunjung ke blog ini :)